Setelah lebih tiga dekad dalam industri muzik tanahair, Search tampil dengan buah tangan khas buat peminat yang mereka hargai.

Hooray Marketing Sdn Bhd berkolaborasi bersama Search untuk mengeluarkan semua 101 buah lagu daripada album pertama hingga yang terakhir bersama satu bonus track " Kejoraku Bersatu" dan kesemuanya ini terkandung dalam format MP3 bersama keluaran khas gajet MP3 dibawah label Search.

Dengan rekaan yang begitu klasik iaitu berbentuk tape kaset ia lengkap bersama headphone, charger dan remote sebagai hadiah khas berbentuk box set untuk peminat Search dan kesemua lagu ini menjalani proses master semula.

Box set MP3 Search

Menurut Amy selaku vokalis, idea ini sudah dirancang semenjak November bersama En Adimus Putra yang tampil dengan idea bernas ini.

"Box set ini khas buat peminat Search dan kesemua item ini diperbuat khas daripada barangan bermutu tinggi. Kami mahu menghargai peminat setia kami dan semestinya kami memiih yang terbaik untuk mereka.

"Sesuatu yang baru dan tidak pernah dibuat oleh penyanyi mahupun kumpulan lain dan ini mengumpukan kesemua lagu, bukan hanya yang terbaik dipilih tetapi semua lagu Search," ujar Amy mengenai produk premium hasilan kumpulan ini.

Jadi kepada para peminat Search yang menantikan sesuatu yang baru daripada mereka, sila dapatkan box set MP3 yang hanya dihasilkan sebanyak 5000 unit dan dijual pada harga RM333. Pembelian boleh dilakukan di www.fenomenasearch.com dan jadilah antara yang pertama memilikinya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top