Pelawak Zizan Razak tak mahu campur hal peribadi Dira iaitu rakan pengacaranya dalam rancangan Melodi yang dikatakan memukul seorang wanita di dalam sebuah kelab.

Zizan anggap isu berkenaan sensitif dan sebagai orang luar, Zizan tak berhak mencampuri urusan tersebut.

"Sejujurnya satu-satunya individu yang berhak bercakap mengenai perkara ini adalah Dira sendiri kerana dia lebih mengetahui. Tambahan pula isu ini sangat sensitif dan kesahihan cerita tersebut belum tentu benar. Jadi adalah lebih baik saya tidak mencampuri urusan orang lain kerana takut ia akan menimbulkan masalah,"

Dalam pada itu, Zizan juga enggan mengulas mengenai kehilangan Dira daripada program itu yang telah menimbulkan tanda tanya peminat setia rancangan hiburan tersebut.

Zizan dan Dira Melodi

"Baik pihak produksi mahupun Dira saya memang tidak pernah bertanya mengenai kehilangannya daripada program itu kerana tidak mahu masuk campur.

"Apabila penerbit memberitahu saya akan digandingkan dengan orang berbeza, saya anggap Dira mempunyai komitmen lain," ujarnya.

Ditanya mengenai keserasiannya bersama Awal Ashaari yang menggantikan Dira, Zizan memberitahu dia senang bekerja dengan pengacara itu.

Zizan bagaimanapun tak pasti samada Awal akan terus kekal mengacarakan program itu bersamanya atau pun hanya untuk sementara.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top