Dato’ Sheila Majid akan menghiburkan setiausaha di Restoran Berputar Atmosphere360, Menara Kuala Lumpur sempena sambutan Minggu Setiausaha yang jatuh pada setiap bulan April. Dihoskan oleh Dee, ‘A Day with Living Legend’-Dato’ Sheila Majid’ ini bakal diadakan pada 25 April 2012, bermula jam 12.00 tengahari.
“Saya rasa cukup berbesar hati untuk menerima undangan ini. Bagi mereka yang merindui muzik saya, saya harap mereka akan datang menyaksikan persembahan saya pada hari tersebut. Saya juga pasti ramai lagi yang belum datang ke sini, jadi inilah peluang untuk anda merasai atmosfera di sini,” ujar Dato’ Sheila Majid ketika ditemui pada sidang akhbar di Atmosphere360, Menara KL, baru-baru ini.
Ditanya adakah beliau sudah bersedia menghiburkan peminatnya di restoran tertinggi Malaysia ini, Dato’ Sheila Majid menjawab, “Secara peribadi saya memang gayat, tapi saya anggap ini satu cabaran baru buat saya. Mengenai corak persembahan, saya tak boleh beritahu sebab saya nak buat kejutan, cuma apa yang boleh saya katakan, saya akan menyanyikan beberapa buah lagu hits saya selama 45 minit.”
Bagi yang ingin menyaksikan kehebatan suara figura genit ini menawan puncak restoran setinggi 282 meter ini, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan persembahan ‘A Day with Living Legend’-Dato’ Sheila Majid’ yang bakal diadakan pada 25 April 2012, bermula jam 12.00 tengahari.
Meja VIP dijual pada harga RM6500 untuk 10 orang, RM650 secara individu manakala meja biasa pula RM2,200 untuk 4 orang dan RM550 untuk individu. Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Siti (013-3377710), Jojo (012-6903058), Dayang (016-3100150) dan Huda (019-2841776). Manakala untuk tempahan, anda boleh menghubungi talian 03-20202020/2121.
0 ulasan:
Catat Ulasan