Shahrol dari kumpulan Shiro peserta kedua meninggalkan Super Spontan setelah dia disingkirkan oleh rakan-rakan sepasukannya akibat kekalahan Beruang Comel pada minggu lalu.

Shahrol yang sepatutnya meninggalkan Super Spontan di minggu kedua lalu, telah diserap kembali kerana tiada penyingkiran namun sekali lagi dia menjadi pilihan rakan-rakannya untuk disingkirkan pada minggu ini. Penyingkiran Shahrol diumumkan hos yang juga pengadil Super Spontan, Adibah Noor.

Super Spontan
Bagaimanapun, Beruang Comel kembali menewaskan Angsa Ganas pada minggu ini dan Angsa Ganas yang dianggotai Nana, Tauke, Zizan, Rahim, Rizman dan Suhaimi terpaksa memilih seorang lagi rakan untuk disingkirkan selepas pemergian Zahid sebelum ini.

 Wang kemenangan minggu ini telah diserahkan kepada rakan artis iaitu Bob Kuman yang kini sedang sakit tenat dan terlantar di rumahnya di Kota Damansara.

 Seperti biasa, 5 sketsa dipertandingkan pada minggu ini bermula dengan permainan Beku (Freeze) di mana peserta harus melakukan sesuatu aksi dan kemudian berhenti beku untuk digantikan peserta lain. Peserta yang menggantikan tempat rakannya harus bermula dari posisi yang sama ditinggalkan peserta yang diganti.

 Permainan kedua dinamakan Skrip Rabak dan untuk permainan ini, Pelakon Lelaki TV Popular ABPBH, Fizz Fairuz telah tampil sebagai artis undangan. Dua peserta akan diberikan satu situasi dan mereka harus berinteraksi dengan Fizz Fairuz yang akan membacakan skrip yang tertera di atas kertas yang diberikan.

 Permainan ketiga dinamakan Keluar Masuk dan antara tugasan yang paling mencabar pada malam ini. Empat peserta akan diberikan perkataan yang mewakili diri mereka, seterusnya mereka akan diberikan satu situasi dan apabila perkataan yang diwakili mereka disebut, mereka harus keluar atau masuk kembali ke dalam gelanggang.

 Permainan keempat ialah Pemandu Pelancong, seorang peserta dari setiap kumpulan akan ditutup matanya dan di belakangnya akan ditayangkan gambar mengenai sebuah lokasi atau tempat. Berdasarkan klu dari rakan-rakan sepasukan yang akan bertanyakan soalan mengenai lokasi itu, peserta itu harus meneka lokasi yang terdapat di belakangnya.

 Permainan terakhir ialah Demonstrasi iaitu permainan yang pernah dimainkan pada minggu pertama. Seorang peserta akan diikat tangannya dan peserta lain akan bertindak menjadi tangan kepada peserta tersebut untuk melakukan sesuatu. ~ Murai

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top