Maya Karin telah berjaya memenangi Pelakon Filem Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH2011) edisi ke 25 yang berlangsung pada 8 Apr 2012 di Arena of Star, Genting Highland, Pahang. Maya Karin telah berjaya mengatasi Lisa Surihani, Diana Danielle, Yana Samsudin dan Eja yang bersaing dalam kategori yang sama.

Tahniah ye Maya Karin!

Maya Karin

Maya Karin dilahirkan Maya Karin Roelcke pada 29 Oktober 1979 di Bayreuth, Jerman. Maya pernah berlakon dalam Seri Dewi Malam, Pontianak Harum Sundal Malam, Anak Halal, Magika, Pisau Cukur dan Ombak Rindu.

Maya telah berlakon dalam 16 buah filem setakat ini dan meneruskan kerjayanya sebagai peragawati dan juga pengacara TV.

Maya pernah menang Artis Baru Popular ABPBH 2001 dan kemudian Pelakon Filem Wanita Popular ABPBH 2005.

Facebook dan Twitter Maya Karin
https://www.facebook.com/therealmayakarin?sk=info
https://twitter.com/#!/maya_karin

Top 5 Pelakon Filem Wanita:
1 – Lisa Surihani
2 – Maya Karin
3 – Diana Danielle
4 – Yana Samsudin
5 – Eja

1 ulasan:

  1. Taniah kpd Maya Karin.... Maya ur the best.... will continue to support u... all the best.... (0.^)v

    BalasPadam

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top