Ayah Nadia AF6 telah kembali ke rahmatullah.

Nadia atau nama sebenarnya Nadia Haswani Hasnan mengesahkan ayahnya yang bernama Hasnan Yusoff menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 12 tengah malam tadi.

"Saya sungguh terkejut dengan pemergian ayah yang akan menyambut ulang tahun yang ke- 50 pada 28 Mei depan.


"Ayah telah lelapkan mata untuk selamanya lebih kurang jam 12 tengah malam semalam. Waktu itu, arwah dan rakannya sedang duduk di kedai seorang temannya di sekitar Ampang Point.

"Tiba-tiba, ayah jatuh dan tidak sedarkan diri. Lalu, arwah terus dihantar ke Hospital Ampang Puteri oleh rakannya. Sejerus selepas itu, ayah telah disahkan meninggal dunia di situ," katanya.

Meneruskan penjelasan, Nadia memberitahu jenazah ayahnya akan dibedah siasat untuk mengenal pasti punca kematian.

"Selepas disahkan tiada, jenazah terus dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca kematian mengejutnya.

"Ayah saya seorang peniaga dan sebelum ini dia tidak pernah mengalami sebarang penyakit yang kritikal. Malah, dia belum pernah dimasukkan ke hospital kerana sebarang penyakit," ujar Nadia yang berada di HUKM bagi menunggu keputusan bedah siasat.

Semoga roh arwah bapa Nadia dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top