Fizz Fairuz telah memenangi Pelakon TV Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH2011) edisi ke 25 yang diadakan pada 8 April 2012. Fizz Fairuz telah berjaya mengatasi Aaron Aziz, Adi Putra, Remy Ishak dan Fauzi Nawawi yang bertanding dalam kategori Pelakon TV Lelaki Popular.

Fizz Fairuz semasa diminta memberi ucapan tergamam seketika kerana tidak langsung menyangka akan memenangi kategori Pelakon TV Lelaki Popular disebabkan saingan yang hebat terutama sekali dari Aaron Aziz yang ramai peminat.

Dengan rasa rendah diri, Fizz menyatakan dia tidak mempunyai peminat dan mungkin undian diterima dari warga tua.

Tahniah ye Fizz Fairuz!


Nama Fizz Fairuz benar-benar menyerlah kira-kira dua tahun lalu apabila menjayakan drama bersiri Nur Kasih arahan Kabir Bhatia dan seterusnya melalui drama bersiri Impak Maksima dan Kekasihku Seru.

Anak kelahiran Raub, Pahang ini turut membintangi sebanyak tujuh filem termasuk Orang Minyak, Syurga Cinta, Niyang Rapik dan Nur Kasih The Movie, dan pernah menjadi pengacara program Oh Rupanya.

Baru-baru ini, Fizz juga menjayakan filem Barajiwa arahan Osman Ali.

Twitter dan Facebook Fizz Fairuz
https://www.facebook.com/fizzfairuz79
https://twitter.com/#!/fizz_fairuz

Calon Top 5 Pelakon TV Lelaki Popular
1 – Aaron Aziz
2 – Adi Putra
3 – Remy Ishak
4 – Fizz Fairuz
5 – Fauzi Nawawi

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top