Sinopsis Switched At Birth

Switched At Birth mengisahkan Bay, gadis dibesarkan dalam keluarga mewah dan menetap di Mission Hills. Dia tinggal bersama ibu bapa, Kathryn dan John Kennish serta adik lelaki.

Konflik bermula ketika Bay mempelajari jenis darah dan menyedari darahnya tidak sepadan ibu bapanya. Disebabkan ingin tahu, dia menjalani ujian genetik yang mengesahkan dia bukan anak kandung pasangan Kennish.

Sinopsis Switched At Birth

Mereka mencari jawapannya di hospital tempat Bay dilahirkan dan mendapati pihak hospital mengakui berlaku kesilapan apabila tertukar Bay dengan bayi lain, Daphne Vasquez, remaja pekak, tinggal bersama ibu tunggal, Regina serta nenek di Riverside, Missouri.

Daphne mengalami penyakit kronik ketika dilahirkan, menyebabkan dia pekak. Dia mendapat pendidikan khas dan belajar bermain bola keranjang serta mempelajari bahasa isyarat di sekolah.

Konflik berlaku apabila kedua-dua keluarga ini ditemukan buat kali pertama dan cuba merungkai permasalahan berkaitan masa depan kedua-dua gadis itu.

Bay mempunyai masalah menyesuaikan dirinya dengan kebolehan seni Regina, manakala Daphne mengalami masalah menyesuaikan diri dengan gaya hidup keluarga Kennish.

Keluarga Kennish mempelawa Regina tinggal bersama mereka apabila mengetahui Regina mengalami masalah kewangan.

Kehidupan baru keluarga ini memaksa mereka mempelajari persamaan serta perbezaan demi kebaikan kedua-dua anak perempuan mereka.

Kathryn cuba merapatkan hubungan dengan Daphne, manakala Regina berusaha menghalang Kathryn daripada mempengaruhi Daphne.

Sinopsis Switched At Birth

Sinopsis Switched At Birth

Switched At Birth

Switched At Birth

Drama bersiri Switched At Birth dibarisi bintang baru, Katie Leclerc sebagai Daphne Vasquez, Vanessa Marano dari Gilmore Girls sebagai Bay Kennish, Constance Marie sebagai Regina Vasquez, DW Moffett sebagai John Kennish, Lea Thompson sebagai Kathryn Kennish dan Lucas Grabeel sebagai Toby Kennish. Ia disiarkan setiap Khamis, 9.30 malam bermula 5 April lalu di NTV7

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top