Berikut adalah senarai pemenang Anugerah Astro Arena 2012 bagi setiap kategori yang dipertandingkan:

Atlet Lelaki Pilihan Berpasukan: Khairul Fahmi Che Mat (Bola Sepak)
Atlet Wanita Pilihan Berpasukan: Nur Fatehah Mustapha (Berbasikal)
Atlet Muda Pilihan: Muhammad Nazmi Faiz Mansor (Bola Sepak)
Kebangkitan Pilihan: Lee Hup Wei (Olahraga)
Jurulatih Pilihan: Ong Kim Swee (Bola Sepak)
Blog Sukan Pilihan: Mohd Aiman (SuaraSukan1Mas)
Perlawanan Pilihan: Indonesia lawan Malaysia (Final Bola Sepak Sukan Sea 2011)
Lagenda Sukan Negara: Sylvia Ng
Anugerah Khas Arena: Salam Sidik

Jasamu Dikenang: Razali Alias dan Khoo Beng Khai

Apex Khairul Fahmi Che Mat

Apex yang telah dinobatkan sebagai Atlet Lelaki Pilihan Berpasukan di Anugerah Astro Arena 2012tak mahu dilihat sebagai seorang artis, tetap bersyukur kerana telah mendapat sokongan rakyat Malaysia sekaligus menyemarakkan lagi semangatnya untuk terus mengharumkan nama negara ke peringkat yang lebih tinggi lagi.

Dalam pada masa yang sama Apex berharap agar semua peminat sukan mendoakan kesejahteraan dirinya serta cuba untuk menjadi yang terbaik di hati peminat. Ini kerana bukan mudah untuk memuaskan hati semua pihak dan dia berjanji akan membalas kepercayaan peminat dengan mempamerkan aksi cemerlang pada setiap perlawanan bola yang melibatkan skuad kebangsaan kelak.

Kerjasama sepasukan adalah amat diperlukan untuk memastikan ranking pasukan bola sepak negara akan meningkat sekaligus mempertahankan Piala Suzuki yang telah dimenangi skuad kebangsaan pada musim lalu. Apex juga mengharapkan agar semua peminat terus menyokong sukan bola sepak sama ada pasukan kebangsaan kita berada di kemuncak kejayaan ataupun tidak.

Tidak hanya tertumpu kepada penjaga gol skuad kebangsaan ini, rakannya juga iaitu Nazmi Faiz yang merupakan pemain bola sepak tempatan turut dipilih sebagai atlet muda pilihan. Dia yang tidak menyangka akan pengumuman tersebut berterima kasih kepada peminat yang menyokongnya dan berjanji akan terus mengharumkan nama negara suatu hari nanti.

Anugerah Astro Arena 2012 telah diacarakan oleh Akhbar Sahari dan Edleen Ismail. Bertemakan hitam merah, atlet-atlet negara dan tetamu telah dihiburkan oleh Jaclyn Victor, Azlan and The Typewriter dan kumpulan Jambu. Program yang turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Hj Ibrahim ini turut membuktikan bahawa perkembangan sukan di negara kita juga adalah cerah dan setanding dengan industri dan bidang-bidang lain.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top