Sinopsis filem KL Zombie

KL Zombie mengisahkan Aliff yang secara tiba-tiba digigit seekor anjing. Akibat gigitan itu dia mengalami penyakit pelik dan bertukar menjadi zombi yang kemudiannya menjadikan manusia sebagai mangsanya.

Barisan pelakon hebat KL Zombie: Zizan Raja Lawak ,Siti Saleha, Izara Aishah, Faezah Elai, Zain Hamid, Iedil Putra dan Azhan Rani.

KL Zombie

Zizan Razak berlakon filem KL Zombie

Zizan Razak berlakon watak pemuda bernama Nipis di dalam filem KL Zombie. Zizan yang pertama kali berlakon di dalam filem terbitan Lightbulb Pictures, digandingkan dengan Siti Saleha (Nora), Faezah Elai (Sofea) dan Zain Ruffedge (Aliff) menganggap watak itu lebih kepada karektor dirinya sendiri.

"Saya sebagai Nipis iaitu hero dalam filem ini yang berkerja sebagai penghantar pizza dan mat rempit. Dia kena bergaduh dan mencari jalan macam mana nak hapuskan zombi yang berkeliaran di ibu kota.

"Seronok bekerja dalam produksi ini kerana pengarahnya berbangsa Cina walaupun kurang fasih berbahasa Melayu tetapi senang bekerja dan dia tidak memberi tekanan kepada pelakon. Ini kali kedua saya bergandingan dengan Siti Saleha dan pertama kali berlakon bersama Faezah Elai dan Izara Aishah," katanya.

Filem arahan M J Woo yang menjalani penggambaran selama 31 hari di sekitar Lembah Klang dan Nilai.

Tentu filem KL Zombie ini menarik untuk ditonton jika anda ingin menyaksikan sesuatu yang berlainan dalam industri filem kita.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top