Tarikh dan lokasi Konsert DJ Dave

Datuk D.J. Dave akan mengadakan Konsert Journey Through Song - Ingin Bersua di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur pada 1 hingga 3 Jun 2012.

Konsert Journey Through Song - Ingin Bersua itu akan dipimpin oleh S. Atan sebagai Pengarah Muzik yang akan diiringi oleh kira-kira 30 pemuzik orkestra. Sebarang pertanyaan tentang pembelian tiket sila hubungi 016-6838444.

Konsert DJ Dave ini akan mengenakan tiket-tiket berharga RM53, RM83, RM123, RM183, RM253, RM303 dan RM453 dan mampu mengimbau nostalgia para peminatnya kelak.

Poster Konsert Dj Dave

Menurut penyanyi DJ Dave yang berusia 65 tahun itu, konsert solonya yang menelan kos mencecah RM1 juta tersebut merupakan yang berskala terbesar yang akan dijayakan selepas hampir 20 tahun dia tidak terbabit dalam konsert seperti itu.

Justeru jelas Dave dia telah melakukan banyak persiapan daripada segi latihan vokal dan menyediakan pelbagai kostum yang bersesuaian, selain turut bersenam serta mengamalkan diet bagi menjayakan konsert tersebut.

Dia juga sangat teruja dengan segmen 70-an, segmen bermulanya dia dalam dunia seni suara yang sudah masuk usia 40 tahun.

Untuk segmen 70-an, Dave mengundang salah seorang pasangan duetnya iaitu Uji Rashid. Mereka akan mempersembahkan lagu duet yang sangat popular pada masa itu. Dave dan Uji pernah popular dengan lagu Rintihan Rasa, Hilang Resah Timbul Sayang serta lagu Sungguh Kau Istimewa (petikan filem Menanti Hari Esok).

Konsert dibawakan oleh syarikatnya sendiri Shahdave Entertainment dengan tajaan daripada Celcom, Sogo, Hotel Concorde, Air Asia, Hard Rock Cafe, Faizal Mustafa Photography, Istana Budaya dan Kementerian Penerangan, Kebudayaan dan Warisan.

Selain Uji yang diundang untuk mewakili era 70-an, konsert itu juga menampilkan S. Atan (80-an), Dayang Nurfaizah (90-an) dan Marsha (era terkini). Kebetulan Dave merakam lagu duet I Always Love You bersama Marsha.

Selain bakal menyanyi lagu Nyawaku, penyanyi yang terkenal dengan lagu Ingin Bersua ini juga akan mengundang Dayang Nurfaizah dan Marsha Londoh berduet dengannya

Malah Dave memberitahu dia puas hati kerana konsert anjuran syarikatnya, Shahdave Entertainment itu mendapat sokongan banyak penaja seperti Celcom, Sogo, Hotel Concorde, AirAsia, Hard Rock Cafe dan Istana Budaya.

"Pada konsert itu nanti, saya juga akan menjual album single Nyawaku dan album edisi terhad yang dicetak sebanyak 1,000 unit dan mengandungi empat cakera padat berharga RM120.

"Ia mengandungi 50 buah lagu dan ia disertakan dengan biografi dan gambar-gambar saya di dalamnya. Selain itu pelbagai barangan cenderhati saya seperti kemeja-T dan topi juga akan dijual pada konsert itu nanti," jelasnya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top