Drama ‘Oscar, I Miss You’ lakonan Ayda Jebat

Buat peminat-peminat kucing, satu drama online berkisar mengenai ‘teman rapat’ manusia ini bakal menemui penonton tidak lama lagi.

Drama ‘Oscar, I Miss You’ yang dibintangi Ayda Jebat dan pendatang baharu, Azrel Ismail, mendapat sentuhan pengarah terkenal, Aidilfitri Mohamed Yunos.

Berkolaborasi bersama jenama makanan kucing popular, Pro Diet, drama online ini bakal bersiaran pada awal tahun depan namun tarikhnya masih dalam perbincangan.

Namun, apa yang pasti drama online 28 episod ini disiarkan menerusi laman Facebook Pro Diet bakal mencipta fenomena tersendiri.

Oscar I Miss You

Menurut Aidifitri, idea untuk bekerjasama dengan syarikat makanan kucing tercetus setelah melihat kesungguhan isterinya sebagai pencinta haiwan, lalu dia mengusulkan perkara itu kepada pihak Pro Diet.

Tanpa disangka, usul mereka diterima dan pihak Pro Diet bersetuju untuk menyiarkan drama itu hanya di laman sosial rasmi mereka.

“Saya telah memilih pelakon utama kami iaitu Oscar menerusi ujibakat yang diadakan dan menerima 500 peserta seluruh negara.

“Hanya lima sahaja berjaya ke peringkat akhir dan kami memilih kucing yang dinamakan Princess Rizki milik Nurul kerana menyamai kucing yang berada di bungkusan makanan kucing ini,” katanya.

Tambahnya, walaupun kebanyakan kucing terdiri daripada baka seperti Munchikin, British Shor Hair, Parsi dan sebagainya namun dia memilih kucing biasa sebagai Oscar.

“Kelebihan Princess Rizki adalah keletahnya yang manja dan pasti membuatkan peminat kucing di luar sana sukanya nanti.

“Ada kejutan buat penonton nanti dan pastikan anda mengikuti perjalanan cerita Oscar, I Miss You tidak lama lagi,” katanya yang menjalani penggambaran hampir sebulan di sekitar Lembah Klang.

Drama online ini dapat ditonton menerusi  laman Facebook Pro Diet atau hashtag #oscarimissyou, #OIMY dan #iloveprodiet.

Drama ‘Oscar, I Miss You’ terbitan Tsar Asia Sdn Bhd.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top