Yakin dan percaya akan ketandusan wajah baru dengan prinsip untuk memartabatkan industri tanah air, penerbit drama dan pelakon Rosyam Nor tidak pernah jemu untuk mencari bakat-bakat pelapis dunia lakonan.
Dalam usaha beliau meneruskan kesinambungan legasi pelakon-pelakon tanah air, Rosyam menerusi syarikat produksinya Suhan Movies and Trading Sdn. Bhd. dan Telekom Malaysia (TM) sekali lagi bekerjasama menerbitkan musim terbaru program pencarian bakat lakonan iaitu Pilih Kasih.
Kembali untuk musim ketiga, program yang akan bersiaran di saluran RTM.
Jika pada dua musim dahulu, Rosyam sebagai ikon Pilih Kasih mempunyai kuasa mutlak dalam memutuskan penyingkiran peserta pada setiap minggu.
Namun keadaan itu sedikit berbeza pada kali ini apabila Erra Fazira dan Umie Aida turut mempunyai kuasa dalam menilai prestasi peserta dan mempengaruhi keputusan Rosyam sebelum sebarang penyingkiran berlaku.
Pilih Kasih tampil lebih segar dengan sebuah program baru iaitu Zooom Pilih Kasih yang menjejaki semula perkembangan semasa bekas-bekas bintang Pilih Kasih dalam dua musim sebelum ini.
Bersama personaliti Eisya Toh selaku pengacara, program sebanyak 12 episod ini telah bersiaran pada 28 Januari hingga 14 April depan, pada setiap Sabtu pukul 9 malam di TV2.
Kesemua 16 peserta Pilih Kasih ini akan mendapat bimbingan secara berterusan mengenai selok-belok dunia lakonan daripada dua bintang besar ini menerusi sesi pembelajaran pada setiap minggu.
Selain itu, peserta musim juga akan mendapat tunjuk ajar daripada pengarah Erma Fatima yang akan membimbing dari aspek lakonan drama mingguan dan pementasan teater. Hamzah Tahir pula mengawasi seni lakon kesemua 16 bintang Pilih Kasih secara terperinci.
Sementara itu, Pentas Pilih Kasih yang menjadi medan penting para peserta mempertaruhkan bakat masing-masing dalam menyampaikan tugasan mingguan yang diberikan akan mula bersiaran pada 5 Februari hingga 15 April depan pada setiap Ahad pukul 9 malam.
0 ulasan:
Catat Ulasan