George Lucas, pengarah terkenal mampu mengikat penonton dengan rangkaian filem epik sains fiksyen iaitu Star Wars hampir 35 tahun yang lalu iaitu pada secara rasminya pada 25 Mei 1977.

Filem sekuel Star Wars ini bukan saja berjaya dengan kutipan berbilion ringgit menerusi tayangannya, malah koleksi dari buku, permainan video dan komik turut menggemparkan dunia media.

Bahkan filem yang pernah mencipta rekod dengan memintas semua rekod carta box office serta mengungguli tujuh anugerah pada Anugerah Academy ini mempunyai golongan peminatnya yang tersendiri. Malah filem ini dikatakan sekuel yang meraih kutipan tertinggi selepas filem siri Harry Potter dan James Bond.

Mula menjadi fenomena dengan tayangan dua filem sekuel dan selepas 16 tahun diikuti dengan penghasilan tiga episod akhir, kemudian barulah terhasilnya episod pertama yang menceritakan permulaan kisah Star Wars ini pada 2005, yang mana kini ia ditayangkan semula dalam format tiga dimensi (3D).

Pada 2008, Lucas mencipta kelainan dengan menerbitkan Star Wars: The Clone Wars, yang mana garapan kisah filem penuh fantasi ini pertama kalinya lari jauh dari plot trilogi yang dihasilkan sebelum itu. Ia juga dikatakan filem animasi pertama yang dihasilkan oleh Lucas, yang menggunakan format imej janaan komputer (CGI).

Di sebalik itu, satu persamaan yang kita boleh lihat di dalam keenamenam siri filem Star Wars ini adalah kehadiran kuasa baik yang dinamakan Jedi dan manakala Sith, kumpulan kuasa jahat yang ingin mengambil alih galaksi.

Tidak dinafikan filem sekuel ini memaparkan teknologi yang sempurna, yang mana dari rekaan kostum yang menarik, penggunaan pengangkutan serta senjata yang unik menampakkan pengarah ini berpandangan jauh. Malah, lokasi yang berlatar belakangkan galaksi juga antara perkara yang menarik dibentangkan.

Melihat kepada garapan kisah trilogi yang dipaparkan, ia menceritakan mengenai kehidupan hamba muda iaitu Anakin Skywalker (Hayden Christensen), yang mana bakat luar biasanya ditemui oleh pahlawan Jedi, QuiGon Jinn yang percaya bahawa Anakin adalah pahlawan yang mampu menyelamatkan seluruh galaksi. Namun kumpulan Jedi, yang diletakkan di bawah arahan Yoda, memperagui masa depan Anakin.

Tidak bernasib baik, QuiGon Jinn mati di tangan Sith Lord Darth Maul dan kemudiannya Anakin menjadi perantis kepada ObiWan Kenobi. Pada masa sama planet Naboo diserang kuasa jahat, di sinilah khidmat pahlawan Jedi digunakan bagi membanteras planet dari jatuh ke tangan Sith Lord Darth.

Episod seterusnya pula menyambung kisah yang mana Anakin jatuh di tangan kuasa jahat dan mula bertarung di dalam peperangan Clone. Menjadi lebih menarik apabila Anakin dan PadmÈ jatuh cinta dan berkahwin dalam diam, lantas Padme pun mengandung.

Anakin mendapat visi bahawa Padme akan mati ketika melahirkan anak mereka, dan kemudian Senator Palpatine mempengaruhi dirinya dan membuatkan dia percaya kuasa gelap dapat menyelamatkan mereka. Di situlah Anakin mula jatuh ke tangan kumpulan Sith dan digelar sebagai Darth Vader.

Obiwan akhirnya membunuh Anakin, namun Senator Palpatine dapat menyelamatkan dirinya dengan menyarungkan sut hitam yang membuatkan dia terus hidup. Di sebalik itu, isterinya Padme mati dan selamat melahirkan sepasang kembar Luke dan Leia, namun mereka dilindungi dan tidak diberitahu siapa ibu dan bapa mereka yang sebenarnya.

Manakala trigoli yang seterusnya mengambil detik 19 tahun selepas itu yang mengisahkan mengenai Vader yang mula menguasai stesen angkasa, Death Star. Luke dan Leia mula mengambil tempat dan berjuang untuk planet mereka.

Luke mula dilatih sebagai pahlawan Jedi, namun dia dihalang oleh Vader. Dalam pertarungannya bersama bapanya itu, Vader mula merungkai rahsia siapa dia sebenarnya dan mempengaruhi Luke untuk menyertai Sith. Namun, Luke dapat melepaskan diri dan kembali kepada Yoda bagi meneruskan latihannya sebagai Jedi.

Sebelum Yoda mati, dia sempat menyampai pesanan supaya Luke perlu mengalahkan bapanya sebelum dia layak bergelar Jedi. Akhirnya, Luke dapat menewaskan bapanya serta menghancurkan Death Star dan bermula pada itu dia menjadi pahlawan Jedi yang disanjung tinggi.

Episod Star Wars mengikut turutan:

* Star Wars Episod IV: A New Hope (25 Mei 1977)

* Star Wars Episod V: The Empire Strikes Back (21 Mei 1980)

* Star Wars Episod VI: Return of the Jedi (25 Mei 1983)

* Star Wars Episod I: The Phantom Menace (19 Mei 1999)

* Star Wars Episod II: Attack of the Clones (16 Mei 2002)

* Star Wars Episod III: Revenge of the Sith (19 Mei 2005)

* Star Wars: The Clone Wars (15 Ogos 2008

Versi 3D lebih artistik

KALAU diikutkan ia seperti sudah ketinggalan. Ini kerana buat kali pertama, peminat setia filem siri arahan George Lucas berpeluang menyaksikan Star Wars Episod 1: The Phantom Menace dalam suasana yang berbeza, iaitu dalam format tiga dimensi (3D).

Filem epik yang pernah menarik perhatian orang ramai dengan penggambarannya yang eksotik, barisan watak yang ikonik serta aksi yang menarik, sekarang muncul memberikan pengalaman serta penghayatan yang lebih mengasyikkan dan realistik kepada penonton.

Namun, garapan kisahnya tidak ubah seperti cerita asal, cuma pengembaraan penuh aksi itu sudah tentu tampak hidup dalam versi 3D. Yang istimewanya dalam format terbaru ini pula, penonton akan dapat menyaksikan penambahan imej sebanyak lapan peratus dibandingkan dengan versi asal yang pernah ditayangkan kira-kira 12 tahun yang lalu, iaitu pada 1999.

Penukaran dalam versi 3D yang dilakukan adalah seperti proses penyuntingan filem yang mana sutradara, Lucas banyak menyentuh dari segi artistik.

Lucas mahu memaparkan episod pertama ini dalam gaya stereo yang natural, iaitu seolaholah filem itu dirakam menerusi kamera 3D, yang mana dia tidak menyelitkan gimik seperti paparan objek yang tampak seakanakan mahu keluar dari skrin tapi ia lebih kepada memperhaluskan kualiti imej.

Diakui, keseluruhannya, melihat kepada latar belakangnya, rekaan kostum dan pengangkutan moden yang digunakan, filem ini tidak dinafikan memaparkan teknologi yang sempurna bersama mainan visual yang menarik, tambah lagi dengan karakternya yang pelbagai dan unik di antara satu sama lain.

Sementara itu, bagi generasi muda yang belum pernah menonton, filem aksi dan sains fiksyen ini adalah trilogi pertama yang berkisarkan mengenai pahlawan Jedi iaitu QuiGon Jinn, lakonan Liam Neeson dan perantisnya, Obi-Wan Kenobi, (Ewan McGregor) ditugaskan untuk melalui sebuah pengembaraan bagi menyelamatkan planet Naboo dari diambil alih oleh kuasa jahat.

Bersama Permaisuri Amidala (Natalie Portman), Jar Jar Binks, Kapten Panaka dan barisan askar, mereka semua mengembara ke planet Tatooine dan Coruscant, atas usaha untuk menyelamatkan dunia dari jatuh ke tangan Darth Sidious.

Dalam filem berdurasi selama dua jam setengah ini juga mahaguru QuiGon Jinn menemui Anakin Skywalker (Jake Lloyd), seorang kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun yang mempunyai kuasa luar biasa seperti pahlawan Jedi, namun masa depan hamba dari planet Tatooine ini dikhuatiri masa depannya.

Star Wars Episode 1: The Phantom Menace (Hanya dalam DIGITAL 3D)

* Tarikh Tayangan: 9 Februari 2012

* Pengarah: George Lucas

* Penulis: George Lucas

* Penerbit: Rick McCallum

* Pelakon: Liam Neeson, Ewan McGregor, Natalie Portman, Jake Lloyd, Ian McDiarmid

* Genre: Aksi, Adventure, Sains Fiksyen

* Durasi: 136 minutes

* Penarafan: P13

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top