Dalam diam rupanya Catriona Ross sedang mengandungkan anak kedua beliau. Ketika dirisik mengenai perkembangan seni beliau, Catriona yang mesra disapa Cat itu menjelaskan ada cerita di sebalik ‘kehilangan’ beliau sejak 3 bulan ini.


“Saya kini sedang hamilkan anak saya yang kedua yang kini dah masuk 3 bulan setengah. Kali ini, alahan yang saya alami agak teruk berbanding sewaktu mengandungkan anak pertama dahulu. Jadi, saya ambil keputusan untuk berehat sebentar sepanjang 3 bulan awal kehamilan saya”, jelas Catriona yang pernah membintangi drama hebat seperti Sakti Delima.

“Saya tidak pernah mengundur diri dari dunia lakonan. Cuma sekarang barulah keadaan saya pulih seperti biasa. Kalau ada tawaran lakonan selepas ini, insya-Allah saya tidak keberatan menerima selagi mana watak dan karakter bersesuaian dengan imej saya”.

Catriona juga rupa-rupanya tidak lekang menerima undangan menjadi penceramah khususnya dalam memberikan motivasi kepada pelajar-pelajar kolej mahupun universiti. Kata beliau, pengalaman dan ilmu yang diperoleh sepanjang bergelar anak seni ini dikongsi bersama terutamanya yang melibatkan kisah penghijrahan wanita manis ini.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top