Namun tidak ada apa yang janggal mengenai Taylor Swift di kulit muka depan majalah Vogue.
Penyanyi berusia 22 tahun itu kelihatan menawan dan anggun mengenakan beberapa siri pakaian dalam sesi fotografi yang ‘ada kelas’ daripada kepakaran jurugambar Mario Testino.
Satu daripada gambar memaparkan dia bergaya di atas sofa vintaj dengan gaun labuh hijau cair bermotif flora dipadankan bersama but putih bertumit tinggi.
Rambut lurus dengan mata jernihnya menyerlahkan penampilan Taylor yang dilihat sepadan dengan kulit majalah yang amat berprestij itu.
Terkenal dengan penulisan kehidupan peribadi melalui lagunya, Taylor berkata,album keempatnya - pelengkap kepada album 2010 Speak Now akan mengisahkan lebih banyak mengenai kekecewaan.
“Terdapat peristiwa walaupun bukan baru berlaku, tetapi kisah patah hati,” katanya kepada majalah itu.
“Dan ia akan menjadi tema lagu dalam album keempat saya.
“Satu-satunya cara untuk saya rasa lebih baik dengan meluahkan semua kesedihan kerana kehilangan seseorang adalah dengan cara menulis lagu mengenainya,” katanya.
Dia juga berkata, buat masa ini, dia masih sendirian dan belum ada individu bersesuaian yang dapat memikat hatinya.
“Tiada siapa dalam hidup saya sekarang. Saya tidak rasa mahu berpacaran saat ini,” katanya dalam wawancara yang berlangsung hujung tahun lalu itu.
“Saya benar-benar rasa bahagia dengan kehidupan sekarang dan saya tidak sedih, tidak menangis pada Hari Krismas, jadi saya bersemangat dengan keadaan ini.
“Saya juga tidak mahu menceritakan apa yang berlaku kerana ia adalah kisah yang sedih,” katanya.
Taylor berpacaran dengan Jake Gyllenhaal selama dua bulan pada akhir 2010 sebelum putus hubungan sebelum cuti Krismas tahun itu.
Dia turut dikaitkan mempu-nyai hubungan cinta dengan Joe Jonas, Taylor Lautner dan John Mayer.
Penyanyi Jones Brothers, Joe dikenali kerana memutuskan hubungan dengan Taylor melalui panggilan telefon selama 27 saat ketika Taylor berusia 18 tahun.
“Saya fikir saya bijak kecuali jika saya benar-benar jatuh cinta kerana kemudian saya akan menjadi bodoh,” katanya kepada Vogue.
Bagaimanapun, bintang itu sudah memperolehi beberapa pengajaran daripada kegagalan hubungannya yang lalu.
“Saya mempunyai beberapa syarat sekarang dan menyenaraikannya dalam majalah ini. Ia termasuklah jika seseorang itu tidak berminat untuk mengenali saya sebagai seorang insan tetapi menunjukkan minat terhadap pendapat saya dan dia setuju dengan halaman Wikipedia saya. Juga kepada lelaki yang rasa terancam dengan apa yang saya lakukan.
“Saya juga tidak boleh bertolak ansur dengan seseorang yang terlalu mementingkan hal peribadi.
“Sekiranya anda mengambil berat soal hak peribadi dan sampai ke tahap di mana kita perlu menggali terowong di bawah restoran untuk meninggalkan tempat itui, maka saya tidak boleh bersetuju,” katanya.
Majalah itu turut menunjukkan penyanyi terbabit nampak langsing dengan seluar panjang hitam, but tumit tinggi dan jaket kuning air.
Bagaimanapun, penyanyi bertuah itu berkata, dia tidak gemar bersenam terlalu lama.
“Saya bukan jenis orang yang mudah taksub dengan imej diri. Saya tidak gemar bersenam terlalu lama.
“Tiada jurulatih peribadi, tiada peraturan . Saya suka pergi mengembara kerana memperoleh pengalaman.
Sekiranya memerlukan stamina untuk pengembaraan, saya akan berlari setiap malam, tetapi tidak perlu berada di gimnasium,” katanya.
0 ulasan:
Catat Ulasan