Bintang Footloose yang menjalinkan hubungan dengan pengacara kacak itu sejak 2010 berkata, antara sebab ramai pasangan berjaya mengekalkan hubungan mereka adalah kerana mereka tidak mendedahkan perkara peribadi mereka seperti mengenai hal perkahwinan kepada pihak luar.
"Dia sangat tenang. Perkara paling hebat mengenai hubungan saya dengan Ryan adalah kami menyimpan rahsia tentang sama ada kami akan berkahwin suatu hari nanti atau mempunyai anak. Itu yang indah tentang hubungan kami," katanya secara eksklusif kepada Bang Showbiz.
Wanita berusia 23 tahun itu masih sempat menonton rancangan baru kelolaan buah hatinya, US 'X' Factor dan Steve Jones awal minggu ini.
Namun, Julianne tidak pasti sama ada Ryan akan terus mengendalikan rancangan popular American Idol berikutan jadualnya yang padat termasuk terlibat dengan rancangan radio sendiri, di samping menguruskan sebuah syarikat produksi.
"Saya rasa dia ingin mencuba rancangan lain pula, namun saya tidak tahu sama ada Ryan akan meninggalkan American Idol atau tidak," katanya. - AGENSI
0 ulasan:
Catat Ulasan