Kelibat mereka di malam pementasan Lawak Ke, Der? jumaat lalu sememangnya mencuri perhatian. Dengan imej kartun yang menarik pada logo mereka, kelab peminat Osbon turut sama memeriahkan pementasan itu.
Tampil dengan gerai yang menjual barangan-barangan eksklusif seperti kemeja T dan ‘button’, kelab peminat Osbon ini ditubuhkan sebaik sahaja Maharaja Lawak Mega berakhir. Wakil kelab ini , Shahril Bin Abdul Wahab.
“Kami sedar akan bakat yang ada pada kumpulan Osbon. Gabungan mereka cukup serasi dan kelainan inilah yang membuatkan mereka layak bergelar juara. Tujuan kelab ini ditubuhkan adalah untuk membantu Osbon ketengahkan bakat mereka di samping mempromosikan nama Osbon dalam arena hiburan tanah air”
Shahril yang juga turut sama menonton pada malam itu menjelaskan kelab peminat Osbon ini juga berperanan mengembangkan kerjaya seni Osbon untuk jangka masa yang lebih panjang.
“Kehadiran Osbon dalam dunia hiburan sememangnya dinantikan. Jadi, kami berharap yang peminat akan terus menghargai dan meminati Osbon. Bakat dan keupayaan mereka menyampaikan lawak yang cukup bersederhana tetapi mempunyai mesej dan nilai berunsurkan kebaikan seharusnya menjadi faktor utama pengembangan kerjaya mereka” jelas Shahril dengan nada mesra.
Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan maklumat lanjut berkenaan kelab peminat Osbon ini bolehlah melayari Facebook di alamat www.facebook.com/osbonfc ataupun cari Osbon Official Fan Club. Segala maklumat dan aktiviti terbaru berkenaan kelab ini akan diberitahu dari semasa ke semasa menerusi laman sesawang ini. Semoga Osbon akan terus berjaya dalam dunia hiburan tanah air dan kekal dengan idea baru.
0 ulasan:
Catat Ulasan