Sinopsis Jangan Cari Salahku

Drama Jangan Cari Salahku mengisahkan nilai kasih sayang seorang bapa yang berkorban untuk kesenangan anaknya.

Zainal, 60, petani yang sanggup berkorban apa saja demi memberi kesenangan kepada dua anak lelakinya, Arif dan Azri.

Almy Nadia

Arif, anak sulung Zainal meskipun memperoleh keputusan cemerlang dalam pelajaran, tidak pernah terfikir untuk berjauhan dengan ayahnya kerana rasa tanggungjawabnya sebagai anak adalah untuk sentiasa berada di samping ayah selepas kematian ibu mereka.

Berlainan pula sikap adiknya, Azri yang sering dimanja dan segala keinginannya cuba dipenuhi. Mendapat keputusan SPM yang jauh lebih baik daripada Arif menjadikan dirinya ego dan sombong terhadap Arif.

Apabila Azri mendapat tawaran melanjutkan pelajaran, Zainal terpaksa memajak tanah rumah mereka. Azri berjanji menebusnya kembali tetapi setelah pemergiannya, Azri sunyi tanpa khabar berita, malah turut menukar nombor telefonnya.

Drama hebat ini lakonan Wan Hanafi Su, Zamarul Hisham, Pekin Ibrahim, Almy Nadia dan Faezah Elai.

Drama Jangan Cari Salahku khas untuk Hari Bapa yang akan bersiaran pada 20 Jun 2012, slot Skrin Di 9, Rabu, jam 8.30 malam

2 ulasan:

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top