Sinopsis telefilem Cinta V-log

Cinta V-log mengisahkan kisah cinta remaja antara Shezz (Alif Aziz) dan Madiha (Wawa Zainal) yang berputik di laman Internet. Shezz dikenali kerana vlognya dipenuhi elemen lawak, persembahan muzik dan nyanyiannya.

Manakala Madiha pula menggunakan vlog sebagai medium untuk mengajak rakan perempuan untuk sama-sama memperbaiki diri menjadi Muslimah yang baik.

Namun, keikhlasannya disalah erti, lebih-lebih lagi Shezz yang menuduh Madihah menggunakan nama dakwah dan Islam untuk mengejar populariti. Berlaku perdebatan hangat antara dua vlogger itu lalu satu pertemuan diatur untuk menjelaskan perbezaan pendapat di antara mereka.

Selepas pertemuan itu, Shezz jatuh cinta pada Madiha lalu menggunakan vlog miliknya untuk memikat Madiha. Madiha yang malu dengan perbuatan Shezz menutup akaun vlognya.

Shezz menyesal pernah memandang rendah pada Madiha kerana setelah kejadian itu, dia melihat semua rakaman video Madiha dan mula menjejaki Madiha untuk memperbaiki hubungan mereka.

Pelakon Cinta V-log: Aliff Aziz, Wawa Zainal, Anne Ngasri dan Zahiril Adzim

Telefilem Cinta V-log akan disiarkan di slot Skrin Di 9, Rabu, jam 8.30 malam, TV9 pada 6 Jun 2012

Trailer Video Cinta V-log

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top