Hujan Juara Versus 2012

Kumpulan Hujan berjaya merangkul gelaran ROCKSTAR dan memenangi wang tunai sebanyak RM200,000 di Konfrontasi Terakhir Versus yang berlangsung di Space U8.

Hujan mengumpul 50.4% undian SMS mengenepikan saingan terdekatnya kumpulan Go Gerila! (49.6%) di Battle kemuncak dengan mempersembahkan lagu kumpulan legenda, Search.

Hujan memilih lagu “Pawana”, manakala Go Gerila! menampilkan lagu “Saat Kuidamkan”.

Di peringkat awal, kumpulan Hujan mempertaruhkan lagu medley mash-up “Dan Bila Esok” dan “Lamunan Terhenti” serta sebuah lagu baru dari album “Sang Enemy” yang bertajuk “Ke Selatan”.

Sementara kumpulan Go Gerila! mempersembahkan lagu “Biso Bonar” dan “Curiga” serta lagu baru yang bertajuk “Hadiah”. Terdahulu kumpulan tersebut muncul sebagai pemenang Battle persembahan minggu lalu menampilkan lagu “Tanpamu” (versi baru) mengenepikan Black Parallax dengan lagu “Lagu Untukmu” (versi khas).

Kumpulan Hujan Versus

Turut bersaing di Konfrontasi Terakhir adalah band Sofazr yang menampilkan lagu “Basikal Tua” dan “Inilah Nasibku”, Black Parallax (“Merisik Khabar” + “Sekadar Di Pinggiran” dan “Aku VS Kamu”) dan 6ixth Sense (“Warisan” + “Fiona” dan “Hossi”)

Versus tercetus hasil pemikiran kritis bagi menerbitkan sebuah program realiti yang sangat unik. Program itu memberi ruang kepada peserta untuk mempamerkan kreativiti muzik daripada segenap seni termasuk gubahan lagu, persembahan dan eksperimentasi genre muzik yang berbeza.

Di samping itu, Versus turut memberi peluang kepada ahli band untuk menonjolkan bakat mereka selain vokalis utama band.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top