Ina atau nama sebenarnya Nordiana Md Naim ketika ditemui kelihatan gembira kerana dikurniakan bayi perempuan berikutan dua anaknya sebelum ini adalah lelaki.
“Sebelum ini Ina mengharapkan bayi perempuan kerana ingin tahu bagaimana melayan kerenah bayi perempuan berbanding lelaki. Malah, naluri keibuan saya mahukan anak perempuan sebagai peneman dan kawan apabila dia besar kelak.
Ina Naim bersama anak lelakinya |
Jantina anak ketiganya itu hanya diketahui ketika pemeriksaan di HKT pada Isnin, hasil ujian imbasan sebelum dia melahirkan bayi itu pada Rabu.
Sementara itu, suaminya Mohd Suhaimi Saad berkata dia sekeluarga bersyukur kerana isterinya selamat melahirkan anak ketiga mereka.
Mohd Suhaimi yang juga penyanyi kumpulan nasyid Inteam berkata, kelahiran bayi perempuan itu bagaikan melengkapkan keluarganya sepanjang lima tahun berkahwin.
“Kami belum memutuskan nama untuk bayi perempuan ini tetapi sudah mempunyai beberapa cadangan yang akan diputuskan kelak.
“Bagi saya, lebih penting nama yang diberikan itu menggambarkan kelembutan dan kesopanan seorang wanita,” katanya.
Sebelum ini, pasangan tersebut dikurniakan dua anak lelaki iaitu Ehmad Hadie Elfardi, 4, dan Sallman Elkhoyri, 2.
~ mStar
0 ulasan:
Catat Ulasan