Ani Mayuni (penyanyi dangdut) mendakwa telah dipukul, ditendang dan kepalanya dihentak ke dinding oleh suaminya sehingga terpaksa membuat laporan polis, semalam.

Menurut laporan akhbar, dalam kejadian yang berlaku di rumah mereka di Desa Rejang kira-kira jam 8 pagi itu, Ani mengalami kecederaan di kepala, tangan, dada dan leher.


Sebelum kejadian, Ani dikatakan menghubungi suami dan memintanya membeli sarapan. Namun, apabila pulang ke rumah, suaminya terus meluru masuk ke bilik dan mengasarinya. Ani bernasib baik apabila abang kandungnya yang kebetulan datang ke rumah menyelamatkan dia daripada terus dipukul.

~ MH

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top