Fahrin Ahmad ceburi bidang motivasi

Selain bidang lakonan dan pengacaraan, Fahrin Ahmad juga sedang berjinak dengan bidang keusahawanan dan juga menjadi jurucakap motivasi. Walaupun ada sesetengah yang mungkin katakan Fahrin Ahmad semakin 'hilang' dalam industri seni tetapi tidak bagi tuan punya badan.

"Pada tahun ini, karier saya masih di landasan yang betul dan kadangkala melebihi apa yang disangka. Cuma, saya sudah lama mahu ada perancangan lain selain aktif dalam bidang hiburan iaitu keusahawanan. Jadi, perkara tersebut terbatas kerana jadual dan komitmen jadual karier seni saya.

Fahrin Ahmad

"Bagaimanapun, saya juga ada berjinak dalam bidang motivasi bersama rakan kongsi saya. Pada Disember tahun lepas, kami ada buat kajian tentang modul yang berjudul Perisai Buat Wanita. Ia adalah tentang peringatan buat kaum wanita dan remaja yang mudah terpedaya dengan tipu helah lelaki hingga terjadinya pelakuan jenayah, seperti keldai dadah dan sebagainya," tambahnya yang modul ini untuk kaum wanita dan gadis menilai dan jauhkan perkara tidak diingini.

Bukan itu sahaja, rancak bercerita, Fahrin berkata, dia dan rakannya juga pernah bekerjasama dengan pakar motivasi terkenal, Datuk Dr. Fadzilah Kamsah dan juga Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad dalam beberapa sesi motivasi.

Serius berbicara, kata Fahrin, dia bersama rakan telah membuat kajian tentang modul ini dan bagi dirinya untuk menerima tawaran ini adalah kerana ia merupakan perkara baharu dan berbeza kerana pengisiannya yang berasas dan disokong pula dengan masalah sosial yang melanda negara kini.

"Pertama kali lakukan modul ini di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada bulan Disember tahun lepas dan seramai lebih 200 pelajar menghadirkan diri. Selain itu, kami juga ada terlibat dalam seminar IPAC (Ibu Bapa Prihatin Anak Cemerlang) di Shah Alam yang bergabung bersama Datuk Dr. Fadzilah Kamsah dan Dr. Asmadi.

"Jadi sekali lagi akan jalankan seminar tersebut pada bulan Jun ini yang sebelumnya diadakan juga pada Disember lepas dan telah menarik lebih 400 orang pelajar untuk sertainya," katanya yang menggunakan pengalaman diri yang boleh dikongsi sebagai modul pengajaran.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top