Album Hit Semata-Mata Selamanya

Warner Music Malaysia belum pernah gagal lagi di dalam menyediakan hidangan muzik tempatan buat pendengarnya yang selama ini setia dengan artis kegemaran mereka. Untuk tahun 2012, selaku pembuka tirai rasmi tahun Naga ini, Warner telah memasarkan sebuah album kompilasi dengan rangkaian lagu-lagu hit yang terunggul dan cukup terkenal di sepanjang tahun lalu, tahun 2011.

Cukup dengan hanya menyebut barisan para artis yang menyumbangkan lagu-lagu yang sememangnya menjadi sebutan ramai pada tahun lalu seperti Jamal Abdillah, Jinbara, Mirwana dan Fiq, serta membariskan beberapa nama-nama baru dalam industri muzik tanahair seperti Awi Rafael, Nashrin, Tom, Wana, Taxi, Awanband, Filsuf, Salam serta Altimet.

Album HIT SEMATA-MATA SELAMANYA

Tidak ketinggalan, barisan para finalis Akademi Fantasia, seperti Hazama, Hafiz, Shahir, Stacy, Akim, Fina, Lena dan Nera juga turut disenaraikan di dalam album yang turut mendapat kerjasama daripada pihak Astro Sdn. Bhd. ini.

Pada tahun 2011, Warner telah mengeluarkan album kompilasi yang bertajuk HIT SEMATA yang telahpun berada di pasaran pada tahun lalu. Sebagai penyambung kepada kompilasi siri-siri yang menampilkan lagu hit yang terbaru ini pula dinamakan HIT SEMATA-MATA SELAMANYA yang menampilkan lagu-lagu yang berjaya mengungguli carta radio tanah air air.

Lagu-lagu seperti Kisah Dongeng oleh Stacy, Cinta Teragung oleh Hazama, Janji oleh Akim dan tidak ketinggalan juga lagu yang telah menjuarai Anugerah Juara Lagu ke 26 baru-baru ini, Awan Nano nyanyian Hafiz juga turut dimuatkan dalam album yang membariskan barisan artis terkemuka dengan seleksi lagu yang hit dan meletup.

Bukan itu sahaja, album ini juga turut menampilkan empat buah lagu hit yang kini sedang mendapat tempat di hati pendengar setia stesyen radio tanah air. Rangkaian lagu-lagu baru yang terdiri daripada lagu irama ‘rock’ nyanyian Fiq dan Akim, Mesti Ada Cinta, lagu Selamanya oleh Ultras Malaya feat. Altimet, Joe Flizzow dan Carleed yang menjadi antara lagu yang menyatukan sokongan peminat bola sepak tempatan, serta single terbaru hasil kolaborasi sulung Mirwana dan Altimet di dalam membawakan lagu Itu Ini Begitu Begini.

Lagu yang sekarang ini semakin mendapat tempat di hati para peminat muzik tanah air, lagu Malaysian Boy kolaberasi bersama Ila Damiaa, Altimet, DJ Fuzz, Point Blanc dan juga Rabbit Mac, kini boleh anda miliki, jika anda berjaya mendapatkan album kompilasi yang menarik ini.
Berikut adalah senarai lagu-lagu yang dimuatkan dalam album HIT SEMATA-MATA SELAMANYA

CD 1
1. KOTAK HATI – HUJAN
2. MESTI ADA CINTA – FIQ & AKIM (BARU)
3. BILA AKU JATUH CINTA – AWI RAFAEL
4. KISAH DONGENG – STACY
5. MALAYSIAN BOY – ALTIMET, DJ FUZZ, ILA DAMIAA, POINT BLANC & RABBIT MAC
6. CINTA TERAGUNG – HAZAMA
7. PERCAYA PADA LUKA – NASHRIN
8. MENANGIS LAGI – FINA
9. WARNA – TAXI
10. JANJI – AKIM
11. AWAN NANO – HAFIZ
12. TRAGIS – FIQ

CD 2
1. SELAMANYA – ULTRAS MALAYA feat. ALTIMET, JOE FLIZZOW &
CARLEED
2. SISA KISAH KITA – LENA
3. LUAR BIASA – SHAHIR
4. HITAM MANIS – FILSUF
5. CINTA BENAR CINTA – WANA
6. SECUPAK DUA CUPAK – JAMAL ABDILLAH
7. HATIMU MILIKKU – NERA
8. NOKTAH SANDIWARA – TOM
9. KARTITA – AWANBAND
10. ITU INI BEGITU BEGINI – MIRWANA & ALTIMET (BARU)
11. ALAMAK – SALAM feat ALTIMET
12. NEBUCHADNEZZAR – JINBARA

Album kompilasi HIT SEMATA-MATA SELAMANYA merupakan sebuah album yang wajib anda miliki jika anda ingin menjadikan sebahagian dari koleksi lagu-lagu Hit pada tahun lalu untuk melengkapi koleksi anda sebelum ini. Buat pendengar muzik yang sememangnya meletakkan barisan lagu-lagu hit yang ada di dalam album ini sebagai lagu kegemaran mereka, maka anda bolehlah mendapatkan album kompilasi ini dengan harga hanya RM 27.90.

Mulai 12 Januari 2012, album ini sudah boleh anda beli dan lengkapkan koleksi lagu-lagu hit kegemaran ada. Abadikan pilihan lagu-lagu hit anda ini dan anda juga boleh melanggan nada dering lagu pilihan anda dengan mengikuti arahan yang tertera di belakang album kompilasi ini. Jangan lupa untuk dapatkan album ini di pasaran! ~ Era

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top