Pelakon Abby Abadi sah menyertai Pas dengan menyerahkan borang keahlian seumur hidup kepada Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Abby dikatakan menyerahkan borang keahlian Pas di Nilam Puri dekat Kota Bharu, Kelantan

Abby Abadi dikenali dengan watak Inspektor Aliza ,siri rancangan televisyen Gerak Khas kini bergiat aktif dalam aktiviti yang dianjurkan Pas kebelakangan ini termasuk menyertai himpunan Bebaskan Tahanan ISA di Kamunting, Taiping, Perak.

Abby Abadi sertai PAS

Sebelum ini, Abby berkata bahawa belum sampai masanya untuk mengikut jejak langkah beberapa rakan artis lain menyertai Pas. Menurutnya, untuk sementara waktu beliau rela menjadi kelompok orang di luar parti bagi mencari erti perjuangan sebenar dan memahami konteks agama serta politik tidak dapat dipisahkan sebelum mengambil langkah seterusnya.

“Bukan sebab saya pilih pentas (majlis Pas) untuk berkongsi pengalaman, saya juga mendapat jemputan daripada majlis agama, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terutama persatuan wanita.

“Saya seronok berkongsi cerita supaya apabila ada wanita lain melalui peristiwa seperti saya (berhijrah) mereka akan sama-sama mendapat kekuatan melalui perkongsian pengalaman ini,” katanya dipetik Harakah Daily.

Beliau berkata, perjuangan sebenar ialah apabila seseorang itu semakin dekat pada agama dan sayang kepada ALLAH.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top