Sinopsis Ombak Rania

Ombak Rania menceritakan kisah Puteri Duyung Rania yang kehilangan bondanya sedari kecil begitu gembira dengan kehadiran bonda tirinya iaitu Permaisuri Siti Orcha. Malah seluruh duyung-duyung Empayar Insangpuri sudah merestui keputusan rajanya untuk beristeri lagi tanpa mengetahui niat jahat Permaisuri Siti Orcha yang mengamalkan ilmu hitam.

Puteri Rania semakin membesar dan kecantikkannya kian menyerlah lalu menimbulkan rasa tidak senang hati pada permaisuri, hal ini ditambah dengan hasutan cermin puaka. Untuk mengekalkan status sebagai duyung tercantik di Empayar Insangpuri, permaisuri mengarahkan Panglima Awal membunuh Puteri Rania dengan membawa ekornya sebagai bukti.

Ombak Rania

Sinopsis Ombak Rania

Atas sifat belas kasihan, Panglima Awal tidak sampai hati lalu membawa Puteri Rania berjumpa dengan dukun diraja. Untuk menyelamatkan Rania, dukun menganugerahkan Rania sepasang kaki dan mencampakkan dia ke dunia manusia. Rania muncul di kolam renang Tengku Farid, pelajar 'marine biology' yang tampan.

Dengan pertolongan Supriyati, pembantu rumah Farid, Rania diperkenalkan sebagai adiknya dan bekerja di rumah Tengku Farid. Tengku Farid jatuh cinta dengan Rania tetapi terpaksa melalui segala onak duri untuk bersama. Keadaan menjadi lebih rumit apabila Permaisuri Siti Orcha menyamar menjadi manusia dan meneruskan niat jahatnya untuk membunuh Rania.

Ombak Rania membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Tasha Shila yang memegang watak Puteri Rania, Rozita Che Wan (Permaisuri Siti Orcha), Aiman Mentor (Tengku Farid), Sharifah Sakinah (Rozita/Rozie), Ruminah Sidek (Permaisuri Siti Orcha Alter Ego) dan Aida Comel sebagai Supriyati.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top