Program realiti radio pertama di negara ini, Cari-Cari Bintang JOHORfm 2012 dijangka mampu melahirkan lebih ramai bintang dalam bidang nyanyian di kalangan penduduk negeri ini.

Pengarah Jabatan Penyiaran Johor, Mohd Yusof Abdul Hamid berkata, rancangan realiti itu diadakan setiap Selasa jam 2.30 petang mulai Januari lalu dan berakhir 15 Disember depan.

Menurutnya, setiap minggu, dua peserta berusia antara 16 hingga 28 tahun akan ditampilkan.

Katanya, mereka akan menyanyikan dua lagu dan peserta dinilai pendengar menerusi undian SMS, laman sosial Facebook, talian telefon selain 15 markah diperoleh menerusi tiga pengkritik.

"Pengkritik terbabit, Johua Anak Sadam, Hafizi Hasnan dan Yasmin Md Yunos akan bersama juruhebah, Suzilawatty Mohd Sumib memberi pandangan masing-masing berkaitan bakat seseorang penyanyi ketika program ke udara.

"Rancangan selama 45 minit ini akan mengumpul 66 peserta mulai Januari hingga Oktober depan.

"Malah, pada setiap hujung bulan, juara mingguan akan dipertandingkan untuk pemilihan juara bulanan dan hanya 10 peserta berpeluang mara ke peringkat akhir," katanya.

Beliau berkata, juara pertandingan berpeluang membawa pulang wang tunai RM3,500, piala iringan dan sijil penyertaan.

Menurutnya, pemenang kedua meraih wang tunai RM2,500 manakala tempat ketiga menerima wang tunai RM1,000.

"Ketika sesi rakaman, peserta bebas menyanyikan sebarang lagu (dua lagu) dan dibenarkan menggunakan cakera digital (CD) dan minus one.

"Penyertaan masih dibuka dan untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian 07-2245666 atau emel kepada suzilawatty@rtm.gov.my," katanya.

Setiap peserta mingguan dan bulanan akan dipilih oleh pendengar menerusi kiriman SMS 36600, Facebook dan talian mesra JOHORfm Permata Selatan.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top