Ratu Rock, Ella (Norzila Aminuddin), 46, telah selamat bergelar isteri apabila diijabkabulkan dengan juruterbang Firefly, Azhar Husaini Ghazali, 30, tepat jam 10.30 malam tadi dengan hanya sekali lafaz. Pasangan ini dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Kariah Teluk Gadong, Baharudin Abu Bakar dengan berwalikan abang sulung Ella, Mohd Nor Izam Aminuddin, 55.
Lihat gambar pernikahan Ella di sini
Ella menerima mas kahwin berjumlah RM50,300 tunai beserta tujuh dulang hantaran daripada pengantin lelaki. Sebagai balasan, Ella menghadiahkan Azhar dengan sembilan dulang hantaran.
Majlis pernikahan kedua-dua mempelai ini berlangsung di rumah keluarga Ella di Telok Gadong.
Dalam majlis yang dihadiri oleh saudara-mara dan kenalan rapat ini, Ella dan Azhar mengenakan sepasang persalinan berona krim rekaan Saiful Baharim.
Pengantin perempuan menerima RM50,300 sebagai mas kahwin dan tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dulang daripada pihak perempuan. Antara barang hantaran yang diberi adalah kek, set minyak wangi, dan cincin.
Majlis resepsi pasangan pengantin baru ini dijangka diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, 1 Disember ini.
Ella dikatakan sudah mengenali Azhar sejak sembilan tahun lalu dan hubungan mereka hanya serius semenjak tiga tahun lepas.
Penyanyi itu mengesat air mata kegembiraan selepas sah bergelar isteri kepada Azhar.
"Ella rasa syukur segalanya dipermudahkan. Setelah sering ditanya bila akan naik pelamin, Allah makbulkan hari ini," katanya.
Selamat pengantin baru Ella... moga kekal ke akhir hayat.
Pernikahan Ella:
* Menggayakan rekaan Syaiful Baharim dan disolek kakaknya, Saidatulnisa Aminuddin.
* Dinikahkan Pendaftar Nikah Qariah Telok Gadong, Baharuddin Abu Bakar berwalikan abangnya, Mohd Norizam Aminuddin.
* Pernikahan yang pada awalnya dijadualkan bermula jam 9 malam tertunda seketika apabila bekalan elektrik terputus.
Menarik mengenai Azhar
* Lagu Jerat nyanyian Harvey Malaiholo menjadi lagu istimewa yang sering didedikasikan Azhar kepada Ella.
* Azhar juga berkebolehan dalam bidang muzik, malah pernah mencipta lagu dan diperdengarkan Ella
Tahniah!..Semoga bhagia ke akhir hayat.
BalasPadamEntri terkini: Kad Kahwin Kreatif terhangat di pasaran!