5 finalis yang akan bersaing di gelanggang Masterchef Selebriti Malaysia yang akan diadakan pada 16 Julai ialah Datuk Fazley, Angah, Juliza Adlizan, Farouk Hussein dan Soo Wincci.

Pengumuman tersebut telah pun dibuat oleh Chef Jo dalam episod ke-26.

Farouk Hussein pula diumumkan sebagai selebriti yang terakhir yang tersingkir dalam program tersebut namun dipanggil semula untuk beraksi di gelanggang final Masterchef Selebriti Malaysia.

Kejutan yang dilakukan oleh Chef Jo itu disambut dengan baik oleh kesemua finalis.

Penyingkiran Farouk Hussain pada asalnya berlaku disebabkan dia mendapat markah yang rendah dan tidak berjaya untuk mengatasi markah Juliza Adlizan dalam cabaran ujian kemahiran dan tewas kepada Angah ketika dalam ujian penyingkiran.

Dalam itu, seperti yang diketahui umum, finalis pertama yang menempah tempat ke final iaitu Soo Wincci setelah dia berjaya memikat hati juri menerusi masakannya dan sekaligus menang ujian cipta rasa episod terdahulu.

Saksikan Masterchef Selebriti Malaysia Isnin, jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Mustika HD (134)

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top