Pendengar setia dua stesen radio itu berpeluang memenangi hadiah utama pakej pelancongan ke Kashmir apabila mereka menyertai dua kuiz itu.
Selain itu, ia juga boleh membawa pendengar untuk mengenali kebudayaan dan tradisi negara orang. Lebih-lebih lagi di India yang kita sedia maklum antara tujuh keajaiban dunia ada di sana iaitu Taj Mahal.
Kuiz ini mula menemui pendengar sejak 1 Julai lalu. Untuk memenangi peluang percutian yang menarik ini, pendengar perlu menjawab satu soalan yang akan diajukan ketika program ke udara.
Di samping itu, pendengar dikehendaki mengumpul dan memberi jawapan tepat kepada sembilan soalan mingguan. Seterusnya pendengar hendaklah melengkapkan slogan khas.
0 ulasan:
Catat Ulasan