Sempena Ramadan TV3 bertemakan Raikan Ramadan menekankan program kerohanian dan keinsafan.

Selain program-program lazim dengan TV3 seperti Jejak Rasul dan Singgah Sahur, TV3 turut mempertaruhkan program-program terbaru seperti Qari Junior dan Akustika Ramadan serta dua drama bersiri berjudul 7 Ramadan dan Mentua vs Mentua sepanjang Ramadan ini.

Program realiti sebanyak 20 episod, Qari Junior yang diperkenalkan buat julung kalinya menggilap bakat kanak-kanak tujuh hingga 12 tahun dalam mengalunkan bacaan Al-Quran, manakala Akustika Ramadan pula adalah hiburan santai kerohanian sebanyak empat episod.

Qari Junior

Program-program menarik Ramadan TV3:

Mentua vs Mentua (Drama bersiri, 4 episod, setiap Ahad, pukul 6 - 6.30 petang mulai 22 Julai)

Akustika Ramadan (Konsert, 4 episod, setiap Selasa, pukul 11 - 12 tengah malam mulai 24 Julai)

7 Ramadan (Drama bersiri slot Samarinda, 13 episod, setiap Selasa & Rabu, pukul 10.30 - 11 malam, setiap Khamis pukul 9.30 - 10 malam mulai 19 Julai)

Singgah Sahur (Majalah TV, 8 episod, setiap Sabtu & Ahad, pukul 12.35 tengah malam mulai 21 Julai)

Bazaar Ramadan (Majalah, 4 episod, setiap Ahad, pukul 5 - 5.30 petang mulai 22 Julai)

5 Rencah 5 Rasa (Masakan, 4 episod, setiap Isnin, pukul 11.30 - 12 tengah hari mulai 23 Julai)

Jejak Rasul (Dokumentari, 13 episod, setiap Ahad - Jumaat, pukul 6.30 - 7 malam mulai 21 Julai)

Kias Ramadan musim kedua (Mini drama, 4 episod, setiap Rabu, pukul 11 - 11.30 malam mulai 25 Julai)

Iktibar musim kedua (Majalah TV, 4 episod, setiap Rabu, pukul 11.30 - 12 tengah malam mulai 25 Julai)

Solusi (Bual bicara, 4 episod, setiap Sabtu, pukul 6 - 6.30 petang mulai 21 Julai)

Insaf (Bual bicara, 4 episod, setiap Khamis, pukul 5.30 - 6 petang mulai 26 Julai)

Bayar Tunai (Dokumentari, 4 episod, setiap Jumaat, pukul 6 - 6.30 petang mulai 27 Julai)

Kalamullah (Majalah TV, setiap hari, Versi 30 minit pukul 6 pagi mulai 21 Julai/ Versi 5 minit setiap hari pukul 8.55 pagi, Isnin - Khamis 2.55 petang)

Madrasah (Pengembaraan, 4 episod, setiap Selasa, pukul 6 - 6.30 petang mulai 24 Julai)

Qari Junior (Realiti, 20 episod, setiap Isnin - Jumaat, pukul 9 - 10 pagi mulai 23 Julai)

Empat telefilem untuk slot Cerekarama (Sabtu, 10 malam) adalah berikut:

Lorong Cahaya (21 Julai), Maafkan Aku (28 Julai), Jidin Puasa Lagi (4 Ogos) dan Pengawal Hatiku (11 Ogos)

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top