Fuad telah memenangi Kilauan Emas musim ke-2. Sebagai juara, Fuad membawa pulang RM50000 dengan trofi mengalahkan pesaing terdekatnya Azri dan Jumat.

Fuad membawa lagu Syair Laila Majnun yang telah memberi tuah kepadanya sehingga layak merangkul gelaran itu.

Fuad, 45, berkata, lagu asal nyanyian Ramli Sarip dan Jamal Abdillah itu yang berjaya disampaikan dengan baik telah menambat hati juri dan pengundi menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).

"Alhamdulillahlah rezeki berpihak kepada saya walaupun bukan peserta pilihan sebelum ini.

"Namun saya yakin telah menambat hati juri profesional dan pengundi menerusi lagu Syair Laila Majnun yang jarang dinyanyikan dalam pertandingan," katanya.

Fuad berjaya menewaskan lima peserta lain apabila muncul juara dengan jumlah peratusan sebanyak 47.55 peratus.

Fuad Juara Kilauan Emas 2

Manakala tempat kedua menjadi milik peserta dari zon tengah iaitu Nor Azri Zainuddin, 43, yang mendapat 44.81 peratus.

Nor Azri membawa pulang hadiah wang tunai RM25,000 berserta trofi serta turut menggondol Anugerah Khas Polident yang membolehkannya mendapat wang tunai berjumlah RM5,000 dan trofi.

Bagi tempat ketiga jatuh kepada Jumat Ramle, 48, yang (42.77 peratus) mewakili zon Sabah dengan hadiah berupa RM15,000 dan trofi.

Tiga lagi peserta yang berentap malam itu adalah Salanan Saleh, 47, Muhammad Norjulaini Kalil, 45 dan Mohd Fadzil Borhan, 45.

Kesemua mereka diadili oleh tiga juri profesional iaitu Datuk Ramli MS, Datuk Ahmad Nawab dan penyanyi terkenal Indonesia, Hetty Koes Endang.

Malam Kemuncak Kilauan Emas 2 telah diadakan secara langsung dari Dewan Sri Putra Bukit Jalil pada hari Rabu, jam 9 malam. 6 finalis yang berentap dalam Kemuncak Kilauan Emas 2 adalah Jumat, Julaini, Azri, Salina, Fuad dan Fadzil.

Senarai Pemenang Kilauan Emas musim ke- 2

Johan: Fuad
Hadiah RM50000 dengan trofi

Tempat ke-2: Azri
Hadiah: RM25000 dengan trofi

Tempat ke-3: Jumat
Hadiah RM15000 dengan trofi

Anugerah Khas Polident: Azri
Hadiah: RM5000 dengan trofi

Peserta final Kilauan Emas 2

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top