Sinopsis Mana Hilangnya Juwita?

Mana Hilangnya Juwita? menceritakan tentang seorang gadis kampung bernama Anggun yang berusaha mencari adiknya yang hilang,Juwita sehingga sanggup datang ke Kuala Lumpur setelah beberapa hari tidak dapat dihubungi.

Namun dalam perjalanan mencari adiknya, dia menemui pelbagai halangan sehingga membawa dirinya ke Balai Polis.

Setelah merasakan kesukaran tersebut, dia bertindak meminta pertolongan bekas kekasihnya Haider untuk menjejaki Juwita.

Pencarian Anggun secara tidak langsung telah meletakkan Anggun di dalam satu kelompok manusia penuh glamor, tetapi mampu membawa bahaya dan padah sekiranya dia tersilap langkah

 Mana Hilangnya Juwita?

Sinopsis Mana Hilangnya Juwita?

Drama aksi 15 episod arahan Joeza Rasidi terbitan produksi Padi Pictures Sdn Bhd yang berinspirasi dari kisah penculikan ini menggandingkan tiga aktres terbaik iaitu Erra, Lisa Surihani dan Datin Paduka Umie Aida.

Tidak ketinggalan, penampilan Zahiril Adzim, Azhan Rani, Diana Johor, Rizal Hamzah dan Raja Ilya. Ia mula bersiaran 9 Julai 2012, jam 10 malam di saluran Astro Ria.

Media Sosial Mana Hilangnya Juwita?
https://www.facebook.com/pages/Mana-Hilangnya-Juwita/105875339553730
https://twitter.com/ManaJuwita

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top