Konsert G4: Petikan Legasi menampilkan 4 gitaris legenda iaitu Joe Wings, Man Keedal, Hillary Ang dan Kid (Search) pada 30 September depan, pukul 8 malam KL Live, Life Centre, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur

Tiket-tiket berharga RM100 dan RM120 boleh didapati dengan menghubungi talian 019-9412345 (Dino) atau 019-6249443 (Faiz). Para peminat akan menyaksikan persembahan empat gitaris terlibat mengadakan persembahan yang keseluruhannya mengambil masa dua jam bersama lagu-lagu instrumental selain beberapa lagu nyanyian penyanyi undangan mereka.

Layari laman Facebook dan Twitter “Konsert G4” untuk keterangan lanjut. Konsert berkenaan dianjurkan RK Polaris.


Facebook: http://www.facebook.com/konsertG4

“Konsert ini adalah peluang kami empat gitaris ini untuk berkongsi pentas buat julung kalinya. Jika selama ini peminat muzik tanah air hanya melihat kami menerusi kumpulan masing-masing tetapi pada konsert ini kami akan tampilkan aksi berbeza.Yang pasti, kami tidak akan bawakan lagu-lagu popular kumpulan kami, sebaliknya akan mempersembahkan lagu-lagu baru dan antarabangsa,” kata Joe Wings

Konsert G4: Petikan Legasi @ KL Live, Life Centre, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur (30/9/12)
When: 8.00pm, Sunday, Saturday, 14th July 30th September, 2012

1 ulasan:

  1. Sejarah konsert tercipta diMalaysia kerana diatas satu pentas digabungkan gitaris terbaik malaysia untuk diperdengarkan kepeda brother2 yang meminati dan bisa melayangi lagu yang divokalkan oleh petikan gitar dari otai gitaris malaysia yang jari jemari masih kuat,laju dan bisa mengeluarkan sound yang masih mempersona dan terbaik dimalaysia.Man keedal dengan kelajuanya,hillary dengan solo serta permainan sound mempersonakan,joe yang petikannya kedengaran penuh dalam konsert walaupun tanpa gitaris kedua dan Kid dengan kecekapan bermain dengan trimolo serta gadget2 yang berbaris dilantai konsert.Pada G4 ini teruskan dan kekalkan prestasi serta sound anda yang tersendiri.MALAYSIA BOLEH!!!

    BalasPadam

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top