Aisha Safia sah juara Bintang RTM 2012
Radio Televisyen Malaysia (RTM) hari ini mengesahkan kemenangan Aisha Safia sebagai Juara Bintang RTM (BRTM) 2012 kerana tidak melanggar syarat pertandingan.
Aisya Safia

Pengarah Muzik RTM, Datuk Mokhzani Ismail, berkata Bahagian Perkhidmatan Muzik RTM melakukan soal selidik dan rujukan berikutan aduan bahawa Aisha Safia pernah merakam suara dalam bentuk 'single'.

Dalam kenyataan di sini, beliau berkata antara syarat penyertaan BRTM 2012 menyatakan bahawa peserta hendaklah belum pernah merakam album atau menandatangani kontrak dengan mana-mana syarikat rakaman.

 Justeru itu, Mokhzani berkata Aisha Safia tidak melanggar syarat kerana beliau tidak merakamkan album penuh kecuali hanya sebuah 'single'. "Rakaman 'single' itu dibuat bukan berlandaskan kontrak dengan mana-mana syarikat rakaman serta dibiayai beliau sendiri," katanya. - BERNAMA

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top