Akim Tiru Afghan?
Akim kini muncul dengan album baru, Akim Ahmad yang memuatkan 10 lagu termasuk tujuh lagu baru dan tiga lagu diambil daripada singlenya sebelum ini iaitu Janji, Bengang dan Inilah Cinta yang dimainkan dalam bentuk akustik.


Menyentuh cara nyanyian Akim yang kedengaran seperti penyanyi Indonesia, Akim berkata, dia tidak pernah cuba meniru artis dari seberang. Bagaimanapun, dia tidak menafikan ada yang menegur sebutannya di dalam nyanyian kadangkala sedikit terdengar seperti penyanyi di sana.

“Saya gemar merujuk cara nyanyian artis di sana kerana feel yang mereka beri dalam setiap lagu begitu hebat. Malah, kadangkala jika kita dengar betul-betul lagu nyanyian mereka, pasti tersentuh. Bahagian seperti itulah yang saya mahu ambil untuk beri rasa dalam setiap lagu saya,” katanya yang sering dengar nyanyian Pasha Ungu dan Afghan.

Pada pelancaran album itu, wakil Sony Music Indonesia turut hadir saksikan persembahan Akim. Mengulas hal itu, Akim berkata, dia tidak dimaklumkan hal tersebut sehinggalah pada hari majlis itu.

“Sebenarnya, saya baru dapat tahu ada wakil dari Indonesia, namun pihak Astro tidak pula maklumkan hal ini lebih awal.

“Jika diberi peluang melebarkan sayap ke sana, Alhamdulillah. Namun, buat masa ini, biarlah saya fokus kepada pasaran tempatan dahulu,” katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top