The Actors Studio Seni Teater Rakyat akan teater Usikan Rebab pada 11 hingga 15 Julai ini di Pentas 2, KLPac.

Sinopsis Teater Usikan Rebab

Usikan Rebab mengisahkan tentang seorang primadona Mak yong yang hidup memperjuangkan darah seninya.

Dugaan hidupnya sebagai seorang ibu semakin mencabar apabila seni makyung yang ada dalam dirinya ingin diwariskan kepada tiga anak perempuan, namun masing-masing enggan dan menganggap seni makyung itu kuno dan bukan seni yang mereka gemari.

Malah menganggap Mak Yong itu kolot, permainan orang kampung, tidak bermoral, lebih teruk lagi menganggap Mak Yong itu syirik dan bercanggah dengan agama.

Poster Teater Usikan Rebab

Kesungguhan pelakon, pengarah dan penerbitan teater ini dalam mengangkat kisah kehidupan seorang penari makyung dilihat tidak berhenti di sini saja, malah harapan masing-masing supaya satu hari nanti kesenian makyung diteruskan generasi akan datang.

Mengekalkan jalan cerita yang sama dengan sedikit pengolahan, teater berkenaan masih mempertahankan Pemenang Anugerah Seni Negara, Zamzuriah Zahari atau Zam sebagai pelakon utama makyung.

Sekali lagi Norzizi Zulkifli atau Zizi dipilih sebagai pengarah dan permintaan itu datangnya daripada Zamzuriah sendiri yang melihat karakter pengarahan Zizi mampu mengangkat kesenian makyung.

Usikan Rebab

The Actors Studio Teater Rakyat presents Usikan Rebab, an adaptation of Bisikan Rebab II, developed into a full length play by director Norzizi Zulkifli. Usikan Rebab is a story of a former Mak Yong heroine acted by Zamzuriah Zahari. The tale tells the frustration and conflict faced by Mak Nab, a former Mak Yong artiste, whose desire to impart her knowledge of the traditional dance theatre faces a dead-end with her three daughters who have different aspirations in life. The story revolves around the divergence of religion, tradition and individualism in the current societal framework, whereby the traditional performing art of Mak Yong suffers a decline due to the focusing of priorities in other sectors of life.

National Arts Awards 2006 winner Zamzuriah Zahari will take on the challenging roles of Mak Nab and the three daughters.

Presenter: Seni Teater Rakyat

Genre: Monodrama

Duration: 90 minutes

Date / Time:

11th – 14th of July @ 8.30pm

15th July @ 3pm

Venue: Pentas 2, The Kuala Lumpur Performing Arts Centre

Tickets: RM33 / RM23

Language: The play is in Kelantanese and Bahasa Malaysia with English Subtitles.

Creative Team:

Written and performed by Zamzuriah Zahari

Directed by Norzizi Zulkifli

Music by Kamarul Baisah Husin

Costume Designer Nur Afifi Muhammad Taib

Set Designer Hamzah Tahir

Lighting Designer Sandee Chew

Stage Manager Nur Ameera Ramli

Artistic Director Joe Hasham

Executive Producer Dato’ Faridah Merican

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top