Biodata kumpulan Forteen

Kumpulan Forteen ditubuhkan oleh KRU - nama yang tidak asing lagi dalam dunia hiburan Malaysia. Pembimbing mereka, Edry KRU, memilih nama Forteen bagi mereka sebab muzik dan penampilan mereka ditujukan untuk remaja negara ini.

Forteen dianggotai Muhammad Ridzuan Sharifuddin (One), Saifu Ridzuan Abd Hamid (Ariz), Mohd Arif Ameerais Azhar (Ameerais), dan Muhammad Izzul Islam Mazlan (Izzue).

Amerais dan Izzue berasal dari Kota Bharu, Kelantan, Ariz pula dari Malim, Melaka, manakala One berasal dari Jelapang, Perak.

Forteen adalah kumpulan vokal pop balada yang mengambil imej diinspirasi daripada kumpulan II Divo dan Westlife berbentuk smart kasual. Kumpulan Forteen langsung tidak mempunyai pengaruh muzik dari Korea dan apa yang mereka pertaruhkan ialah vokal, bukan tarian.

Kumpulan ini juga bertuah kerana hadir dengan pakej lengkap yang dianggotai Izzue, juga pelakon dan One yang sebelum ini bergerak secara solo menggunakan nama Rizu.

Selain berkebolehan dalam bidang seni suara, ahli kumpulan Forteen turut berkebolehan bermain alat muzik lain. Sebagai contoh, Izzue boleh bermain gitar, bass dan dram, Ameer (gitar, drum) dan Ariz (piano).

Selain berkebolehan dalam bidang nyanyian, Izzue turut menjadi buruan penerbit untuk membintangi drama atau filem terbitan mereka.

Izzue memulakan karier lakonan bermula dengan drama Gemilang (TV3), Cita dan Cinta (TV9) dan Aishiteru, Papa Nak Kahwin, Bola Cinta. Izzue turut berlakon dalam filem King Kapcai, Chikaro dan 29 Februari

Tertubuhnya Forteen, adalah bagi membawa kelainan dalam industri hiburan tempatan, yang mana perbezaan yang mereka bawa adalah dari segi imej yang bersih, suara, rupa dan perwatakan yang positif serta mengamalkan disiplin yang baik.

Facebook dan Twitter kumpulan Forteen

https://www.facebook.com/pages/Forteen/158987270829685
http://twitter.com/forteenKRU

Pencapaian: Top 5 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH2011) menerusi kategori Artis Duo/Berkumpulan Popular

Duta: Kementerian Belia dan Sukan

Single: Berdua Bersatu dan Seperti Dulu

Kepada penganjur persembahan/wartawan/atau mana-mana pihak yang ingin berurusan dengan Forteen, anda boleh menghubungi pihak pengurusan KRU (Abun 0166253205), atau (Ash 0172366919) atas urusan kerja.

Biodata kumpulan Forteen

Biodata kumpulan Forteen

2 ulasan:

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top