Anugerah Profima (Persatuan Profesional Pekerja Filem Malaysia) 2011 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), dilihat semakin baik berbanding tahun sebelumnya.
Lokasi hebat yang dipilih seakan-akan menggambarkan prestij anugerah ini yang cuba diangkat presidennya, Khir Mohd Noor bertujuan mengiktiraf tenaga kerja belakang tabir.
Seperti diramalkan, produksi terkenal yang sinonim dengan produk berkualiti terus mengungguli beberapa kategori dipertandingkan. Nama pengarah Murali Abdullah terus diiktiraf apabila menggondol kategori pengarah terbaik telefilem menerusi Ku Hijrahkan Doa.
Erma Fatima kekal hebat apabila diiktiraf sebagai pengarah terbaik drama menerusi Tahajud Cinta. Tidak ketinggalan, Rosyam Nor (pengurus produksi terbaik), Zeel Production dalam beberapa kategori, Opera Klasik dan Enuja Production.
Bagi kategori filem, Hikayat Merong Mahawangsa (KRU Studios), Nur Kasih The Movie (Primeworks Studios) dan Aku Bukan Tomboy (Skop Productions) antara yang menepati ramalan meraih beberapa anugerah yang dipertandingkan.
Antara senarai pemenang Anugerah Profima edisi ke-9
Dokumentari
Dokumentari Terbaik: Komuniti Tanah Kubur/Primeworks Studios Sdn Bhd.
Videografer Terbaik: Mohd Pilus Ghazali/The Windchucker
Pengarah Terbaik: Datin Paduka Shuhaimi Baba/The Windchucker
Multiple Camera Production (MCP)
Produser Terbaik: Anugerah Juara Lagu 26/Nurhul Huda Khalid
Pengarah Terbaik: Anugerah Juara Lagu 26/Nurhul Huda Khalid
Audio Terbaik: Anugerah Juara Lagu 26/Primeworks Studios Sdn Bhd
Rekaan Set Terbaik: Anugerah Juara Lagu 26/Primeworks Studios Sdn Bhd
Produser Teknikal Terbaik: Anugerah Juara Lagu 26/Primeworks Studios Sdn Bhd
Iklan (Komersial)
Komersial Terbaik: Best Time Of Your Life/ Tourism Malaysia
Pengarah Terbaik: Best Time Of Your Life/ Tourism Malaysia
Pengarah Seni Terbaik: Best Time Of Your Life/ Tourism Malaysia
Sinematografer Terbaik: Best Time Of Your Life/ Tourism Malaysia
Telefilem
Telefilem Terbaik: Ku Hijrahkan Doa/ Zainuddin Mohd Ismail
Pengarah Terbaik: Ku Hijrahkan Doa/ Murali Abdullah
Pengarah Seni Terbaik: Air Mata Nur Salina/ Ramli Hassan
Penyunting Terbaik: Aku Mahu Terbang/ Neon Entertainment (M) Sdn Bhd
Pengurus Produksi Terbaik: Air Mata Nur Salina/ Rumah Karya Citra (M) Sdn Bhd
Solekan Terbaik: Runtuhnya Sebuah Dosa/ Rumah Karya Citra (M) Sdn Bhd
Audio Terbaik: Kamaruddin Jaafar/ Bisikan Dajal
Kontinuiti Terbaik: Hijab Di Kalbu/ Zeel Production Sdn Bhd
Videografer Terbaik: Aku Mahu Terbang/ Neon Entertainment (M) Sdn Bhd
Operator Kamera Terbaik: Indra Che Muda/ Hijrah Karmila
Pembantu Produksi Terbaik: Enuja Production Sdn Bhd
Drama
Drama Bersiri Terbaik: Tahajud Cinta/ Rumah Karya Citra (M) Sdn Bhd
Pengarah Terbaik: Erma Fatima/ Rumah Karya Citra (M) Sdn Bhd
Pembantu Produksi Terbaik: Rais Ismail/ Opera Klasik Sdn Bhd
Produser Terbaik: Rosyam Nor/ Suhan Movies & Trading Sdn Bhd
Pengarah Seni Terbaik: Rabiati Adawiyah Ismail/ Tahajud Cinta
Penyunting Terbaik: Helmi Mohd Salleh/ Dia Bukan Mariam
Kesan Khas Terbaik: Waris 2/ Pesona Pictures Sdn Bhd
Pengurus Produksi Terbaik: Irwan Abdul Ghani/ Opera Klasik Sdn Bhd
Solekan Terbaik: Mistik Alam Hitam/ Opera Klasik Sdn Bhd
Audio Terbaik: Mohd Shukri Jelani/ Kiah Pekasam
Videografer Terbaik: Mohd Riza Baharuddin/ Pelangi Kasih
Kontinuiti Terbaik: Tanah Kubur/ Opera Klasik Sdn Bhd
Operator Kamera Terbaik: Asra Lukmanal Hakim/ Tahajud Cinta
Filem
Produser Terbaik: Kabir Bhatia/ Nurkasih The Movie
Filem Terbaik: Nurkasih The Movie/ Kabir Bhatia
Pereka Kostum Terbaik: Rosada Abdul Hamid/ Hikayat Merong Mahawangsa
Stuntman Terbaik: Wong Choon Meng/ Songlap
Audio Terbaik: Amaludin Syukri/ Hikayat Merong Mahawangsa
Pengarah Seni Terbaik: Anuar Paharuddin & Kek Ting Lam/ Hikayat Merong Mahawangsa
Jurusolek Artis Terbaik: Karunegaran/ Songlap
Gaffer Terbaik: Ahmad Ridzuan Rahmat/ Misteri Jalan Lama
Key Grip Terbaik: Mohd Yunus Mohd Hanafiah/ Nurkasih The Movie
Fokus Puller Terbaik: Ismail Abu Bakar/ Nurkasih The Movie
Operator Steadycam Terbaik: Haris Hue Abdullah/ Songlap
Operator Kamera Terbaik: Shahizi Osman/ Nurkasih The Movie
Sinematografi Terbaik: Shahizi Osman/ Nurkasih The Movie
Kontinuiti Terbaik: Amaludin Syukri/ Hikayat Merong Mahawangsa
AnugerahTokoh Profima 2011: Link Pew Wah
Anugerah Tokoh Profima 2011 (Filem) : Norman Abdul Halim
Anugerah Tokoh Profima 2011 (Akademik Filem) : Profesor Dr Abu Hassan Hasbullah
0 ulasan:
Catat Ulasan