Penawar Sanubari Bersama Ashraf Muslim

Pelakon Ashraf Muslim sebagai pengacara mengendalikan program berjudul Penawar Sanubari Bersama Ashraf Muslim.

Menurut Pengurus Besar TV9, Sherina Nordin, dia gembira apabila pelakon itu sudi memberi kerjasama mengendalikan program yang akan ditayangkan setiap hari sepanjang Ramadan (10.59 pagi dan 7.59 pagi) sekali gus dapat berkongsi ilmu agama dengan penonton.


"Memandangkan Ashraf menjalani perniagaan mengubat orang di Pusat Perubatan Islam Al-Hidayah, Gombak, program ini ternyata begitu sesuai untuknya untuk berkongsi ilmu kepada para penonton yang mungkin kurang arif tentang doa-doa bagi penyakit tertentu.

"Sebagai contoh, Ashraf akan berkongsi doa bagi menghalang daripada gangguan makhluk halus, menambah rezeki, mendapatkan anak yang baik, menambah keyakinan dan sebagainya.

"Saya percaya, peminat-peminat yang merindui kemunculan Ashraf di televisyen pasti akan menunggu program ini," katanya pada pelancaran barisan program-program menarik TV9 bersempena dengan kedatangan bulan Ramadan tidak lama lagi.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top