“ Saya segera menghubungi Sasha ketika dimaklumkan hal tersebut untuk bertanyakan tentang perkara itu dengan lebih lanjut, namun kepadatan jadual penggambaran yang agak padat membuatkan saya tidak berkesempatan untuk berjumpa Sasha lagi,” kata Zain.
Perkahwinan Sasha dan Salyo Priyanto Notosoemarsono yang merupakan seorang pemuzik dari Indonesia hanya bertahan selama lima tahun telah sah bercerai talak satu di Makhamah Rendah Syariah Gombak Timur.
Zain turut melahirkan rasa terkilan dengan apa yang berlaku kerana baru merancang untuk menyambut raya di Indonesia sekali gus tidak menyangka bahawa perkahwinan kakaknya akan berakhir dengan cara yang begini.
Keretakan rumahtangga Sasha tidak kelihatan langsung menyebabkan Zain juga tertanya-tanya apakah punca penceraian mereka. Zain juga mengakui rapat dengan Salyo dan perancangan untuk menghasilkan lagu bersama-sama mungkin akan tetap diteruskan.
Dalam perkembangan lain, Zain bakal muncul dalam telemovie Pengawal Hatiku bergandingan bersama Tasha Shilla dan Noorkhiriah untuk slot Cerekarama Ramadhan pada 11Ogos.
0 ulasan:
Catat Ulasan