Juara Bintang RTM 2012 (BRTM 2012) milik Aisha atau nama sebenarnya Aisha Masnamimi Safia @ Shafie, 23. Aisha mendendangkan dua buah lagu iaitu 'Kisah Hati' dan 'Fantasia'

Sebagai juara, Aisha memenangi wang tunai RM20000, trofi, sijil penghargaan, hadiah iringan dan membawa pulang sebuah kereta Cherry Tiggo bernilai RM79,000 .

Selain itu, Aisah merangkul anugerah Bintang Paling Popular yang menawarkan wang tunai RM5,000 serta trofi, sijil penghargaan dan hadiah iringan.


Fitri Hakim dinobatkan sebagai naib juara dan membawa wang tunai RM10 000. Manakala Hafsyam memenangi tempat ke-3.

Pemarkahan berdasarkan 100 peratus daripada juri profesional merangkumi 80 peratus untuk vokal, 10 peratus persembahan dan 10 peratus penampilan. Undian hanya dibuka untuk pemilihan kategori Bintang RTM 2012 Paling Popular sahaja.

Pentas akhir BRTM 2012 diadakan pada 8 Julai 2012 di Auditorium Perdana, Angkasapuri Kuala Lumpur dan siaran langsung di saluran TV2. Enam peserta yang bersaing di final BRTM 2012 terdiri daripada Aisha, Shazia, Christine, Hafsyam, Fitri dan Arie Famree.

Bintang RTM 2012 (BRTM 2012) diacarakan oleh Muaz Mohamed dan Linda Onn, BRTM 2012 diterbitkan Mohd Yusni Mohamed Ali.

Senarai Pemenang Bintang RTM (BRTM 2012)

Juara
Aisha Masnamimi Safia @ Shafie

Naib Johan
Fitri Hakim Omar Walid

Tempat ke-3
Mohd Hafsyam Noordin

Persembahan Terbaik
Christine Chua Yea En (Christine)

Bintang Paling Popular
Aisha Masnamimi Safia @ Shafie

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top