"Siapa yang tidak mahu bertudung. Dalam jiwa mana-mana wanita sekalipun, pasti akan mempunyai impian seperti ini. Cuma menunggu masanya saja. Insya Allah masanya akan sampai juga.
"Lagipun sekarang, saya sedang berjinak-jinak ke arah itu. Saya sudah mula memilih dalam soal berpakaian. Biarlah apa juga yang saya pakai selepas ini kelihatan sentiasa sopan"
Shila Amzah berkata antara individu yang selalu menyokong dirinya ke arah itu ialah ibunya dan juga buah hatinya, Sharnaaz.
Malah ketika ditanya mengenai khabar angin yang mengatakan Shila Amzah akan berhijab, ibu kepada penyanyi berkenaan melahirkan rasa gembira dan juga cukup positif sekiranya suatu hari nanti anaknya itu akan menyarungkan tudung.
"InsyaAllah. Semua itu kerja Tuhan. Sama-samalah kita mendoakan yang terbaik buat Shila Amzah. Mudah-mudahan khabar angin berkenaan akan menjadi kenyataan. Tetaplah mendoakan demi kebaikan dirinya.
"Malah ketika saya muda dahulu, saya mempunyai impian yang sama. Alhamdulillah bila tiba masanya saya bertudung juga. Saya percaya, sesiapa saja pasti akan bertudung suatu hari nanti," kata ibunya yang mendoakan kebaikan untuk anaknya. ~ Murai
0 ulasan:
Catat Ulasan