Sebelum ini beberapa laporan telah dibuat terhadap Syed Abdullah berhubung komen-komennya yang dianggap keterlaluan dan tidak sensitif.
Mereka ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan penulisan di dalam blognya, 'www.uncleseekers.blogspot.com' yang didakwa memfitnah Sultan Johor Sultan Ibrahim di sini, Khamis. Kedua-dua mereka ditahan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Nusajaya kira-kira pukul 9.45 malam Rabu di Tol Senawang, Negeri Sembilan untuk siasatan mengikut Seksyen 8(1) di Akta Rahsia Rasmi 1972.
Kedua-dua mereka akan disiasat mengikut Seksyen 8(1)(d) Akta Rahsia Rasmi 1972 selepas ditahan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Nusajaya di Tol Senawang, Seremban Negeri Sembilan kira-kira jam 9.45 malam tadi.
Syed Abdullah bersama Siti Nadhirah dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru kira-kira jam 3 petang tadi.
Dia yang berpakaian lokap berwarna ungu sempat melambaikan tangan ke arah wartawan dan jurugambar yang menunggu di pekarangan mahkamah sejak jam 2 petang sebaik turun daripada trak polis.
"Pendedahan akan dibuat, lebih banyak lagi selepas ini. Saya ditahan ketika dalam perjalanan nak hantar dokumen kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)," kata beliau sebelum dibawa ke kamar.
Difahamkan Syed Abdullah telah ditangkap berikutan komen provokatif dan menyakiti berkaitan kerabat Diraja Johor dalam blognya, uncleseekers.blogspot.com.
Uncle Seekers adalah anak kepada penulis buku politik terkenal Syed Hussein Al-Attas atau lebih dikenali dalam nama penanya 'Pak Habib'.
0 ulasan:
Catat Ulasan