Sinopsis cerekarama TV3, Demi Sufian

Demi Sufian menceritakan tentang seorang ibu, Salmah yang menyembunyikan anak lelakinya Sufian di rumah kebajikan anak yatim dengan pertolongan sahabatnya, Ruby apabila mengetahui suaminya (Azhar Sulaiman) seorang fidofilia (pencabul kanak-kanak). Salmah juga mendapat tahu suaminya pernah menyentuh anaknya. Salmah menjadi panik dan naluri keibuannya mahu melindungi anaknya, Sufian dari sikap buruk suaminya.



Apabila Salmah pulang, suaminya mendesak untuk mengetahui di mana anaknya. Apabila mengetahui Salmah menyembunyikan anaknya, suami Salmah menjadi berang dan berlaku pergaduhan. Salmah mengugut untuk membuat laporan polis terhadap perbuatan sumbang suaminya dan mengacu pisau. Dalam pergaduhan di dapur, suami Salmah telah bertindak ganas merampas pisau di tangan Salmah dan tertikam Salmah sehingga meninggal dunia. Mayat Salmah kemudiannya dicampak ke dalam sungai di satu kawasan hutan yang sunyi. Namun satu kemalangan berlaku di mana suami Salmah telah dilanggar kereta.
Keesokan harinya, Ruby membaca berita tentang kemalangan maut yang membabitkan suami Salmah. Manakala Sufian tidak tahu tentang perkara sebenar yang berlaku di antara ibu dan ayahnya. Sufian juga selalu mengalami pendarahan di hidung dan jatuh sakit akibat terlalu merindui ibunya.

Kehilangan Salmah dan kisah Sufian yang ditinggalkan di rumah anak yatim menjadi tajuk berita di akhbar. Berita ini dibaca oleh seorang wanita (Eira Syazira) yang mempunyai sejarah silam pernah dirogol. Wanita ini mula menjejaki Sufian kerana terdapat satu rahsia yang disimpan bertahun-tahun dari suaminya (Zizan Nin)

Apa yang akan berlaku bila Sufian mengetahui ibunya telah tiada?

Pelakon Demi Sufian : Elly Mazlein, Eira Syazira, Zizan Nin, Azhar Sulaiman and Rozie Rashid.
Pengarah: Malek Rahman

Promo Cerekarama Demi Sufian


Demi Sufian Synopsis

Salmah leaves her son Sufian at an orphanage. She returns home and is confronted by her husband who demands to know where their son is. A fight ensues and she was stabbed by her husband. Salmah dies, and Sufian grows up not knowing his past.

The telemovie stars Elly Mazlein, Eira Syazira, Zizan Nin, Azhar Sulaiman and Rozie Rashid.

Don’t miss Demi Sufian in the Cerekarama slot on TV3 tomorrow at 10pm.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top