Sani (Mentor) kini mahu dikenali sebagai Hael Husaini sebagai salah satu langkah come back di industri hiburan tempatan. Hael tekah melancarkan single terbarunya berjudul “Tak Terfikir”.

"Sejujurnya saya tiada masalah kalau orang ingin panggil saya Sani tetapi untuk kemunculan semula ini saya ingin dikenali dengan nama penuh.

"Tambahan pula syarikat yang saya naungi kini memberikan kebebasan sepenuhnya kepada saya untuk membuat keputusan bukan sahaja mengenai nama tetapi juga muzik yang ingin saya bawa," katanya.

Hael juga tidak mempunyai masalah jika peminat masih ingin mengaitkan dirinya dengan program Mentor yang pernah disertainya.

"Mentor adalah platform untuk saya masuk ke dunia hiburan dan tidak mungkin saya akan lupakan jasa program itu begitu sahaja.

Bercakap mengenai single terbarunya itu, Hael berkata lagu berkenaan dicipta oleh dia sendiri dengan mendapat bantuan daripada Sharon Paul.

Hael Husaini

Hael memberitahu, selain sibuk mempromosikan lagu terbarunya itu, dia juga merancang untuk menghasilkan lebih banyak lagi lagu sebelum muncul dengan album penuh.

"Saya tidak mahu terburu-buru mengejar semua benda biar perlahan-lahan asalkan semuanya berjalan lancar," katanya.

Dalam perkembangan lain, Hael berkata dia mengikat kontrak bersama syarikat Syed & Breukelen Entertainment Sdn Bhd selama setahun dan berpuas hati dengan pengurusan syarikat itu.

"Jika dulu saya terpaksa mengikut sahaja apa yang dikatakan oleh orang lain tetapi menerusi syarikat pengurusan ini saya diberikan hak untuk bersuara dalam menentukan arah tuju kerjaya saya," katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top