Pogram realiti TV3, Qari Junior

Pogram realiti  TV3 iaitu Qari Junior berkonsepkan keagamaan untuk kanak-kanak. Jika sebelum ini penonton sering disajikan dengan program realiti berbentuk hiburan, kini sempena menyambut kehadiran Ramadan, penonton dapat menyaksikan kebolehan kanak-kanak berumur lingkungan tujuh hingga 12 tahun menghafaz ayat suci al-Quran.

Qari Junior

Qari Junior bersiaran selama 30 minit, menampilkan Ustaz Zhafran Zainuldin sebagai pengacara.

Program 20 episod ini bukan sahaja menyaksikan pertandingan di antara peserta semata-mata malah program ini mengajak penonton untuk mendekatkan diri dengan Al-Quran.

Daripada 100 peserta yang hadir untuk sesi ujibakat, hanya 12 yang layak dipilih bertanding di dalam program Qari Junior. Di setiap penghujung episod, terdapat sesi penyingkiran di kalangan peserta sehingga empat orang peserta sahaja yang akan mara ke pusingan akhir.

Kemerduan alunan ayat suci al-Quran yang dipersembahkan setiap peserta diadili juri yang berpengetahuan luas dalam bidang keagamaan, Ustaz Zamri Zainuldin dan Sharifah Khasif Fadzilah Syed Mohd Badiuzzaman.

Juara Qari Junior membawa pulang hadiah utama wang tunai RM10,000 berserta plak sumbangan TV3 dan pakej mengerjakan umrah tajaan Al-Fajr Travel manakala sagu hati akan menerima RM2,000 setiap seorang, plak TV3 dan pakej mengerjakan umrah.

Siapakah 12 peserta cilik bebakat besar yang akan bertanding di pentas hafazan Qari Junior? Jangan lupa saksikan Qari Junior sepanjang Ramadhan ini, isnin hingga khamis, jam 9.00 pagi, hanya di TV3!

Penerbit program Qari Junior ialah Shukri Ibrahim.

Facebook Qari Junior: http://www.facebook.com/QariJuniorTV3

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top