Kumpulan vokal duo yang diberi nama Hayad terdiri dua orang anak muda iaitu Rafiq Bakar,28, dan Fadly Zailan,24, yang merupakan pendatang baru didalam industri muzik tanah air.

Hayad yang ditubuhkan pada tahun 2009 ini mempertaruhkan genre muzik R&B dan Soul bergerak secara independent sehingga tahun 2011, sebelum masuk ke mainstream.


Hayad diambil sempena nama adik Rafik iaitu Dayah apabila diterbalikkan menjadi "Hayad" dimana dia banyak membantu dari segi ciptaan lirik dan lagu kumpulan Hayad ini.

Menurut Rafik, lagu-lagu Hayad ini dicipta sepenuhnya oleh mereka adalah kerana mahu menyampaikan dengan cara sendiri dan bukannya 'syok sendiri'.

"Bukan kami tak mahu menggunakan komposer-komposer yang terkenal untuk lagu kami, tetapi kamu mahu menyampaikan mesej dengan cara kami sendiri kepada pendengar-pendengar kami," katanya.

Hayad dijangka akan meriliskan album pertama mereka selepas menyambut Aidilfitri ini dimana dalam album tersebut akan memuatkan sebanyak enam buah lagu seperti 'Melodi', 'Janji', 'Luar Biasa', 'Benar-Benar Cinta', 'Jawapan' dan 'Separuh Dariku'.

Ditanya adakah mereka bersedia untuk memperjudikan dan memperdagangkan kehidupan peribadi mereka. Hayad berkata mereka sudah bersedia untuk menghadapi apa sekali tohmahan atau dugaan yang akan menimpa mereka.

"Kami sangat-sangat bersedia, kerana bagi kami jika kami berada di pihak yang benar, kami tidak perlu takut kerana kebenaran akan terjawab juga.

"Kami sedar apa yang bakal kami lalui dalam perjalanan dalam industri hiburan ini bukanlah senang, namun kami akan sentiasa bersikap bertolak ansur dan berbincang jika apa-apa terjadi," ujarnya lagi.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Hayad akan membuat program-program amal bersama anak-anak yatim ketika bulan Ramadhan ini dan melakukan sesi bergambar untuk kulit album mereka yang bakal diriliskan selepas hari raya.

http://www.facebook.com/hayadtunes

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top