Apakah ciri-ciri gadis yang dicari-cari pelakon popular, Shaheizy Sam?

Sam yang menginjak dekad ketiga dalam usia hidupnya, September 2012, memberitahu, dirinya masih solo dan mencari-cari Miss Right.

"Mungkin disebabkan saya lelaki cerewet, jadi apa yang saya mahu tidak muncul lagi.

"Saya mahukan gadis manja, comel dan kelakar. Paling utama, menyenangkan hati saya,"


Sebelum ini, Sam pernah digosip menjalin hubungan intim bersama bakat baru, Wawa Zainal dan wartawan penyiaran sebuah stesen televisyen.

Bagaimanapun, gosip bersama Wawa itu disangkal kedua-dua pelakon terbabit yang kebetulan di bawah syarikat pengurusan sama. Sam dilaporkan berkata, gosip itu mungkin timbul kerana faktor nama gadis yang sama.

Ditanya apakah dia mungkin memilih artis sebagai teman hidup, Sam berkata, artis atau tidak, perkara itu tidak menjadi masalah.

"Mummy pun tidak menghalang soal jodoh saya," katanya.

Sam mengakui kali terakhir menjalin hubungan romantis ialah kira-kira tiga tahun lalu.

Sam mengakui dirinya cukup sensitif dan kadang kala sukar difahami.

Dia berkata, kadang kala dirinya sukar didekati, tetapi tidak menolak apabila masanya tiba, hatinya tentu terpaut dengan gadis idaman.

"Kadang-kadang hati saya mudah tersentuh biarpun ia membabitkan perkara kecil," katanya yang cukup menitik beratkan soal keserasian dalam perhubungan.

Diusik adakah dia tidak terdetik untuk menjadikan Ramadan ini bulan mulia terakhir zaman bujangnya, Sam berkata, semua itu terpulang kepada jodoh yang ditentukan Allah.

"Sebagai manusia, soal itu ditentukan Allah. Saya tidak kisah atau cuba menahan jodoh yang datang, cuma ia tidak hadir lagi," katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top